PELAKON Lana Nodin tidak kisah andai namanya semakin dilupakan kerana menganggap bidang lakonan sebagai salah satu sumber rezeki selain memenuhi minatnya terhadap dunia seni.Lana atau Mazlina Hasan Nordin, 48, berkata dia tidak lagi menjadikan populariti sebagai keutamaan, sebaliknya bersyukur sekiranya masih menerima tawaran berlakon, terutama bagi watak yang bersesuaian. "Saya tak kisah tentang itu (peminat lupa), kerana di fasa sekarang ini saya bukan lagi cari peminat tetapi hanya mencari rezeki. "Kalau ada tawaran berlakon dan peminat masih ingat, Alhamdulillah. Kalau tak ingat pun tak mengapa. Lana berlakon hanya untuk mencari rezeki."Saya berlakon kerana minat. Kalau ada tawaran berlakon dan watak itu sesuai, Insya-Allah saya tak akan sia-siakan," katanya kepada mStar. Mengulas mengenai perkembangan kerjaya seni, Lana memberitahu dia sebenarnya masih menerima tawaran berlakon, termasuk untuk beberapa projek drama yang bakal menjalani penggambaran.Bagaimanapun, pelakon itu mengakui perlu mempertimbangkan komitmen masa, memandangkan dia merancang untuk pulang ke kampung halaman suami di Amerika Syarikat (AS) selepas hampir dua tahun tidak balik ke sana."Sebenarnya banyak saja tawaran diterima, ada dua, tiga drama untuk masa akan datang. ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon BBNU banyak main telefon daripada hafal skrip, Lana Nodin cadang tak payah berlakon - “Cari orang kaya jaga awak”ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki Lana Nodin, dapat cium Hajar Aswad dua kali"Cuma saya sedang berfikir 60 episod terlalu lama untuk pengambaran. Jujur cakap saya tak boleh nak beri komitmen kerana mahu pulang ke AS. "Saya nak pulang ke kampung suami sekejap sebab dah dua tahun tak balik ke sana. Ibu mentua pun dah berusia 84 tahun, jadi saya nak tengok rumah di sana," ujarnya. Dalam pada itu, Lana berkata dia kini lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga, termasuk menguruskan perpindahan ke rumah baharu.Menurutnya, tanggungjawab menguruskan anak-anak juga kini memerlukan lebih banyak perhatiannya memandangkan suami semakin sibuk dengan tugas baharu selepas dilantik sebagai Pengarah Pasukan Bola Tampar Malaysia.“Saya lebih banyak menghabiskan waktu dengan keluarga, menguruskan perpindahan ke rumah baharu.Lana (dua dari kanan) kini memberi fokus kepada suami dan anak-anak.“Dalam masa yang sama, saya juga perlu menguruskan anak-anak kerana suami sedikit sibuk setelah dilantik menjadi Pengarah Pasukan Bola Tampar Malaysia.“Sebelum ini suami saya banyak masa di rumah menjaga anak-anak sementara saya bekerja, namun sekarang keadaan bertukar sebaliknya," katanya.Untuk rekod, Lana mendirikan rumah tangga dengan Mohd Daud McKienzie pada 15 Mei 2015.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn Mckienzie, 10, dan William Daud Mckienzi, 7 tahun.