suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai tak tahu fungsi tersembunyi lubang hitam sebelah kamera iPhone, kalau boleh jangan tutup dengan ‘casing’

Lubang hitam kecil di belakang kamera iPhone memiliki fungsi tersembunyi tidak disedari. -Agensi

BAGI pengguna iPhone, anda pasti sedar bahawa terdapat lubang hitam kecil tersembunyi bersebelahan kamera di belakang telefon pintar itu.

Kelihatan seperti sejenis tombol ataupun salah satu ciri bagi lensa kamera, ia sebenarnya mempunyai fungsi yang ramai tidak tahu.

Bahkan, segelintir individu tanpa sedar telah menutup lubang tersebut dengan selongsong telefon gara-gara kurang cakna akan kewujudannya.

Bukan sekadar rekaan semata-mata, lubang hitam kecil itu sebenarnya berfungsi sebagai mikrofon ketiga bagi sesebuah iPhone.

Berbeza dengan pembesar suara di bahagian bawah telefon, lubang hitam kecil itu sengaja diletakkan di belakang dengan tujuan merakam bunyi stereo serta audio dengan lebih jelas semasa kamera digunakan.

Malah, ia juga direka khas untuk menapis segala bunyi dengung, angin ataupun bising melampau supaya audio utama yang dirakam kedengaran jelas.

Sebaik sahaja ciri mikrofon itu menangkap bunyi bising, ia akan menghasilkan satu frekuensi yang dipanggil Active Noise Cancellation (ANC) yang memudahkan pengguna untuk berkomunikasi tanpa sebarang gangguan.

Pun begitu, ciri ini kerap kali diabaikan oleh pengguna malah sering dicemari dengan kotoran habuk, atau serpihan sampah yang tersangkut di celahnya.

Hal itu secara tidak langsung menjejaskan kualiti rakaman dan penggunaan selongsong telefon tanpa potongan yang betul boleh memadamkan keseluruhan fungsinya.

Jika panggilan ataupun bunyi audio tiba-tiba kedengaran teruk, pengguna boleh mencuba menanggalkan sarung selongsong ataupun membersihkan kekotoran pada lubang kecil tersebut. -Agensi

Artikel Lain