suria

Suami tolak ajakan bersama sebab malas mandi wajib, rupanya kenyang ‘berbuka’ dengan skandal di hotel

Berzina adalah satu perbuatan berdosa dalam agama Islam. -Gambar hiasan AI (kanan)

LULUH hati seorang isteri apabila kebohongan suami terbongkar selepas menemukan bukti kecurangan dilakukan dibelakangnya.

Sang isteri mendapat tahu suaminya menempah hotel bersama individu lain sedangkan mereka sendiri belum sempat berbulan madu sejak mendirikan rumah tangga.

Lebih memilukan dedah wanita itu, perbuatan terkutuk itu dilakukan ketika umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan.

Dakwanya, suaminya sebelum ini sering memberi alasan perlu masuk ke pejabat walaupun majikan membenarkannya bekerja dari rumah (WFH) disebabkan jarak perjalanan yang jauh.

Seorang suami sepatutnya berlaku jujur dengan pasangan sendiri. -Gambar hiasan AI

"Honeymoon pun tak pergi lagi, jumpa lagi bukti-bukti yang suami check-in dengan orang lain. Bukan main beria lagi nak pergi kerja.

"Padahal bos bagi WFH sebab jauh suami nak berulang alik. Lah ini rupanya... buat benda s**l (terkutuk) waktu Ramadan.

"Dengan isteri bukan main lagi kau suruh aku tahan (nafsu) sebab malas mandi wajib," luahnya menerusi hantaran dibuat di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat kerja tak ‘clean’, lelaki pasang skandal kantoi palsukan sijil kematian isteri... Dakwa mati akibat komplikasi ketika bersalin!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita akhirnya pilih cerai setelah suami 13 kali curang siap bukti, pertama kali kantoi sejam selepas akad nikah

Perkongsian wanita itu mengundang kemarahan netizen terutamanya dalam kalangan wanita yang menganggap alasan diberikan lelaki berkenaan tidak masuk akal.

"Tak faham betul la otak orang macam suami awak ni. Habis tu apa fungsi dia berkahwin sebenarnya?

"Lelaki lagi mudah mandi wajib. Pertama kali dengar lelaki cakap malas mandi wajib. Rupanya rajin jumpa perempuan di luar.

  • Isteri terkejut jumpa bukti suami 'check-in' hotel dengan wanita lain.
  • Suami sebelum ini beri alasan keluar kerja walaupun sebenarnya WFH.
  • Lebih mengecewakan, hubungan suami isteri ditolak konon malas mandi wajib.
  • Isteri anggap mungkin ada hikmah belum dikurniakan zuriat kerana PCOS.
  • Netizen hairan sikap suami yang susah nak mandi wajib berbanding perempuan.

"Lelaki malas mandi wajib? Saya ingatkan perempuan jer ada alasan ini sebab renyah nak kena basahkan rambut sebab panjang," antara komen netizen.

Memberi respon kepada reaksi warga maya, wanita itu memberitahu dia sendiri terkejut ketika suaminya memberikan alasan tersebut.

"Masa dia bagi alasan malas mandi wajib, saya pun hairan. Saya cuma termenung saja, memang terkedu dengan apa yang jadi.

"Sekarang saya tengah tak ada hala tuju, tak tahu nak ambil tindakan apa," jelasnya lagi.

Artikel Lain