suria

Mentua tak izin duduk hotel, hari raya kena berkumpul... Wanita menyusu badan bimbang soal aurat, tidur lambak depan ruang tamu

Menantu sering berdepan masalah bila bersama ibu mentua. -Gambar hiasan AI

HARI raya memang dinanti-nantikan kerana ini peluang kaum keluarga dan adik-beradik berkumpul selepas lama tidak bertemu.

Namun dalam keseronokan meraikan Aidilfitri, batas pergaulan dan aurat masih perlu djaga apatah lagi di antara ipar duai yang menginap di rumah mentua.

Bagi seorang wanita, dia dalam dilema apabila ibu mentuanya mengarahkan semua anak menantu tidur di rumah dan bukan menyewa hotel atau inap desa.

'Perintah' itu dianggap berat memandangkan dia dan suami baru sahaja menimang cahaya mata dan bayinya masih menyusu badan.

Tidur berasingan meninggalkan beban kepada wanita yang mempunyai anak kecil setiap kali balik ke kampung. -Gambar hiasan AI

Tidur berasingan meninggalkan beban kepada wanita yang mempunyai anak kecil setiap kali balik ke kampung. -Gambar hiasan AI

Situasi menjadi lebih mencabar disebabkan semua adik-beradik suami berkumpul pada Aidilfitri tahun ini dan bilik di rumah mentua tidak mencukupi.

"Saya ada anak yang masih menyusu untuk tidur. Mentua pula dah cakap masing-masing kena bincang tidur luar atau tidur asing lelaki, perempuan.

"Suami siap cakap mak dia memang tak izinkan kami sewa homestay ke apa, benda setahun sekali jadi kena mengalah," luahnya.

Wanita itu mengakui berada dalam keadaan serba salah kerana tidak mahu dilihat sukar menyesuaikan diri namun pada masa sama bimbang soal aurat dan keselesaan dia dan bayinya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak ada istilah bilik kelamin" - Isteri sedih suami pilih tidur asing, suka bersendirian di 'sarang tikus' ikut perangai mentua

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua ada ‘hoarding disorder’, rumah macam reban ayam... Bilik tidur pun penuh barang! - “Suami muka dah tegang”

"Kalau boleh saya tak mahu tidur asing dengan suami. Bayi saya masih menyusu untuk tidur.

"Biasanya setiap malam saya perlukan bantuan suami ambilkan air, tolong dodoi anak dan sebagainya," jelasnya.

Situasi itu juga membuatkan dia tertekan kerana ini kali pertama perlu berdepan dengan keluarga besar suaminya dalam keadaan tidak selesa.

"Ini kali pertama jumpa keluarga besar suami. Mesti rasa kekok kalau kena tidur berasingan.

  • Wanita dilema apabila mentua tidak benarkan sewa homestay walaupun ada bayi kecil.
  • Kekurangan bilik menyebabkan mereka diminta tidur berasingan.
  • Dia risau kerana bayi masih menyusu dan perlukan bantuan suami.
  • Situasi jadi tekanan kerana pertama kali beraya dengan keluarga besar suami.
  • Netizen sarankan suami berbincang demi keselesaan isteri dan anak.

"Saya perasan mentua jenis mahu semua orang ikut cakap dia, suami pula jenis malas nak bergaduh," katanya.

Luahan wanita itu membuatkan ramai netizen geram dengan sikap 'lemah' suaminya yang disifatkan terlalu mengikut telunjuk ibu tanpa menghiraukan tentang perasaan dan keperluan menjaga aurat isteri.

"Tak kisah setahun sekali ke, suami awak patut boleh guna otak fikir fasal aurat dan keselesaan isteri.

"Awak dengan anak tidur jer homestay. Biar suami tidur dekat rumah mentua. Keselesaan diri awak yang tentukan. Orang lain tak berhak aturkan hidup awak," antara komen netizen.

Artikel Lain