suria

Suami ‘muka tembok’, rancang halau isteri walau belum sah bercerai - “Mungkin dia lupa, rumah ni aku yang sewa”

Perbalahan antara suami isteri sering berakhir dengan penceraian. -Gambar hiasan AI

KEMELUT rumah tangga sering berakhir dengan perbalahan tentang harta sepencarian selepas berlakunya penceraian.

Namun berbeza pula situasi dialami wanita ini apabila dia mendakwa sudah dihalau keluar dari rumah meskipun penceraian belum difailkan.

"My so-called husband cakap... lepas bercerai, aku kena keluar dari rumah dan dilarang bawa apa-apa barang yang dia beli," luahnya di Thread.

Menurut wanita ini, kata-kata tersebut membuatkan dia berasa terkilan dengan sikap suaminya yang didakwa tidak bertimbang rasa dan prihatin dengan nasibnya selepas penceraian.

Penceraian adalah jalan terakhir dalam perkahwinan. -Gambar hiasan

Penceraian adalah jalan terakhir dalam perkahwinan. -Gambar hiasan

Meskipun kecewa, dia menegaskan bahawa rumah yang didiami tersebut adalah 'haknya' kerana sudah menyewa di situ sejak mereka belum berkahwin.

Malah dakwanya, perabot dan kebanyakan barang di dalam rumah tersebut adalah hasil titik peluhnya sendiri.

"Mungkin dia terlupa, rumah ni aku yang sewa sebelum berkahwin.

"Lepas kahwin, dia yang sibuk nak duduk sebab dekat dengan tempat kerja dan barang dalam rumah ni semua aku yang beli.

  • Wanita dakwa suami mahu halau keluar rumah walaupun belum bercerai.
  • Suami minta dia keluar tanpa bawa barang yang dibeli lelaki itu.
  • Wanita tegaskan rumah dan kebanyakan perabot miliknya sebelum kahwin.
  • Pilih keluar demi lupakan kenangan pahit selepas kontrak sewa tamat.
  • Netizen simpati, kecam sikap suami dianggap tidak tahu malu.

"Dia masuk, basuh kaki je. Paling sedih, semua barang-barang peribadi aku pun dibeli dengan duit aku sendiri," luahnya yang terkilan dengan sikap suaminya.

Tambah wanita ini, meskipun berhak ke atas rumah dan segala isinya, namun dia memilih untuk keluar bagi melupakan kenangan pahit yang dialami.

Namun katanya, ia akan dilakukan selepas dia menamatkan perjanjian kontrak penyewaan rumah berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sayang boleh mai tengok saja” - Wanita terkedu dapat mesej bekas suami, dihalang ambil anak-anak bermalam lepas cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Masa berkahwin berlagak mengaku ‘provider’, wanita serah hak jagaan anak kepada bekas suami - “Aku tak mahu dia lupa tanggungjawab”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasibnya dan menyifatkan tindakan bekas suami sebagai 'muka tembok'.

"Kalau rumah tu atas nama awak, tamatkan kontrak dan biar dia merempat. Tak sedar diri betul.

"Macam saya bercerai dulu, lepas dia round satu rumah, ada uniform dia je berkotak-kotak dan akhirnya minta pinggan mangkuk saya," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain