Berkahwin dengan warga asing mempunyai cabaran tersendiri termasuk undang-undang dan budaya. -Gambar hiasan AI
SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila terpaksa menyambut Aidilfitri bersendirian di Malaysia selepas suaminya yang merupakan rakyat Turkiye mengambil keputusan pulang ke negaranya atas urusan keluarga.Menurut wanita berkenaan, dia baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu dan tidak menyangka isu perbezaan budaya menjadi punca salah faham, khususnya melibatkan persiapan hari raya. "Saya rakyat Malaysia dan baru berkahwin dengan lelaki Turkiye. Dia akan pulang ke negaranya atas urusan keluarga dan saya akan menyambut Hari Raya Aidilfitri seorang diri di Malaysia tanpa dia," luahnya memulakan cerita.Masalah kewangan boleh terjadi dalam kehidupan seseorang sudah berumah tangga. -Gambar hiasan AIMenurut wanita itu lagi, lebih mengecewakan apabila suaminya bersikap lepas tangan dan tidak bertanggungjawab khususnya membabitkan soal kewangan."Apabila saya minta sedikit sokongan kewangan untuk persiapan raya, dia beritahu itu bukan budaya dia. Dia enggan beri dan kata tidak akan bayar untuk sambutan hari raya saya. "Hati saya benar-benar terluka. Bagi saya, hari raya bukan hiburan. Ia adalah sambutan agama dan keluarga yang ada nilai begitu mendalam," luahnya di Threads.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya tampil memberikan pandangan berbeza kepada pengadu."Bagi saya, suami awak seorang yang tidak bertanggungjawab. Dia sepatutnya bagi nafkah tanpa perlu diminta. Itu tanggungjawab dia. Dia cukup memalukan.ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Juruwang warga asing jual kat kroni” - Rakyat Malaysia letih isu minyak masak paket subsidi tak selesaiARTIKEL BERKAITAN: Sering beraya di luar negara sejak 2010, Aidilfitri kali ini lebih ‘special’... anak ‘terbangkan’ keluarga dari Malaysia ke Amerika"Awak isteri dia, kenapa tak ikut balik Turkiye? Ini salah satu masalah kena hadap dalam perkahwinan macam ni.Menjawab persoalan tersebut, wanita itu menjelaskan keadaan kewangan suaminya tidak mengizinkan untuk dia ikut bersama ke Turkiye buat masa ini.Wanita Malaysia kecewa suami Turki enggan bantu persiapan raya.Dia terpaksa sambut Aidilfitri seorang diri di Malaysia.Netizen kecam suami kerana isu nafkah.Ada yang anggap ia perbezaan budaya.Wanita hanya harap suami lebih bertimbang rasa.Ringkasan ini dijana oleh AI"Daripada segi kewangan, dia belum mampu bawa saya ke Turkiye dan saya tak mahu membebankan dia. Saya okay untuk tinggal di sini dahulu seperti yang dicadangkan."Tapi untuk makluman anda semua, mengharapkan keprihatinan dan rasa hormat terhadap tradisi saya tak bermakna saya mahu dia bertindak seperti orang tempatan."Ia lebih kepada sikap bertimbang rasa dan saling memahami dalam sesebuah perkahwinan," jelasnya lagi.