SEORANG tukang urut lelaki berkongsi cerita tentang pengalamannya mengurut individu berstatus suami orang yang dibebani masalah rumah tangga.Menurutnya, pelanggan berkenaan membuat tempahan urutan badan pada saat akhir selepas memperoleh nombor telefon melalui rakan. Lelaki itu sanggup memandu jauh dari Seremban, Negeri Sembilan ke Melaka hanya untuk mendapatkan sesi urutan.Lelaki perlu meluahkan beban yang ditanggungnya kepada individu yang dipercayai. -Gambar hiasan AI"Sepanjang mengurut dia diam je. Aku syak dia tidur. Lepas minta balikkan badan pun dia diam. "Habis je aku urut. Dia bangun dan duduk kat katil urut tu. Aku bagi air mineral. Dia ambil letak tepi peha. Tapi dia duduk sambil pejam mata," katanya memulakan cerita.ARTIKEL BERKAITAN: Sudah jadi amalan sejak kecil! Satu famili suami liat berpuasa, mentua usia 70-an pun selamba makan depan orangARTIKEL BERKAITAN: Tak malu buat dosa! Wanita sedih rakan sekerja lelaki Muslim bebas bawa plastik sarapan waktu siang, badan bau rokokTukang urut itu kemudian bertanya keadaan pelanggan berkenaan sebelum lelaki itu mula meluahkan perasaannya."Dia kata sebelum datang badan penat, otak serabut dengan rumah. Orang rumah menekan-nekan. Bergaduh pasal belanja raya."Bukan tak usaha, dah beli apa yang perlu. Tapi dia beria nak baju raya berpasang-pasang. Kemudian bising kuih raya tak cukup jenis dan ungkit berbuka ala kadar je," luah lelaki itu cuba melepaskan tekanan.Tambah lelaki itu lagi, pertengkaran yang berlaku ketika waktu berbuka puasa membuatkan dia mengambil keputusan keluar rumah untuk menenangkan diri selepas menunaikan solat.Tukang urut kongsi kisah pelanggan lelaki datang secara mengejut selepas bergaduh dengan isteri.Lelaki itu memandu dari Seremban ke Melaka untuk menenangkan fikiran.Selepas urutan, dia meluahkan tekanan berkaitan belanja raya.Isu cerai yang sering dibangkitkan turut membuatnya tertekan.Netizen nasihat pasangan saling memahami dan jaga kesihatan mental.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam luahannya, lelaki itu turut mengakui tertekan apabila isu perceraian sering dibangkitkan setiap kali berlaku perselisihan kecil."Dia persoal kenapa orang perempuan hampir setiap hari 'meratib' nak cerai? Bukan isu curang, kebulur atau tak bagi nafkah... cuma dia rasa tak cukup. "Aku diam je masa ni. Sebab tak berani nak mencelah dan aku pun tiada pengalaman kahwin," katanya.Tukang urut itu berkata, lelaki itu kemudian memeluknya dan berterima kasih kerana mendengar luahan tersebut.Perkongsian itu menarik perhatian ramai yang menyarankan sama ada suami atau isteri perlu saling menghargai antara satu sama lain."Kadang tak faham yang 'meratib' cerai sedangkan suami baik, nafkah semua dapat tapi hanya sebab benda kecil, 'meratib' nak cerai."Semoga abang tu cekal kuat tapi kalau cerai tu yang terbaik teruskan je. Kesihatan mental kena juga jaga," komen netizen.