suria
mStar - Urban.Versatil

Tak malu buat dosa! Wanita sedih rakan sekerja lelaki Muslim bebas bawa plastik sarapan waktu siang, badan bau rokok

Ada sebahagian pekerja menjadikan alasan keletihan punca tidak berpuasa. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir rakan sekerjanya yang didakwa tidak menghormati bulan Ramadan.

Menurutnya, tempat kerjanya didominasi lelaki dan dia mendakwa lebih separuh daripada mereka tidak berpuasa.

Katanya lagi, apa yang mengecewakan ialah perbuatan itu dilakukan secara terbuka tanpa rasa segan.

Kebiasaannya surau tempat pekerja berehat di bulan puasa. -Gambar hiasan AIKebiasaannya surau tempat pekerja berehat di bulan puasa. -Gambar hiasan AI

"Tempat kerja aku 90 peratus lelaki dan boleh cakap lebih separuh tak puasa. Kenapa aku boleh tahu?

"Pagi-pagi pegang bawa plastik sarapan macam biasa tak rasa segan atau nak sorok dalam beg pun," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hajat berbuka puasa percuma terbantut, semuanya gara-gara mulut lancang isteri AJK surau... Siap kena pulau!

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa sampai kena bayar fidyah?” - Wanita pelik ramai kaum Hawa tak sempat ganti puasa haid, ambil remeh peluang 11 bulan

Malah, dakwanya ada juga sebahagian tanpa rasa malu merokok di kawasan biasa sehingga bau busuk asap rokok dapat dihidu dengan jelas.

Tambahnya lagi, waktu tengah hari pula kelihatan beberapa rakan sekerja makan beramai-ramai seperti bulan biasa.

"Macam mana boleh tahu? Sebab kat pejabat ada skrin kamera litar tertutup (CCTV) jadi boleh nampak.

"Dengan air bungkus ikat tepi, botol air pula besepah-sepah," katanya.

  • Wanita dakwa lebih separuh rakan lelaki tidak berpuasa.
  • Ada yang makan dan merokok secara terbuka di pejabat.
  • Situasi turut kelihatan melalui rakaman CCTV.
  • Keadaan itu membuatkannya kurang selesa.
  • Netizen cadang laporan dibuat kepada pihak berkuasa agama.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen dengan mereka menyarankan agar Wanita berkenaan membuat laporan kepada pihak berkuasa agama.

"Kami pernah buat laporan kepada jabatan agama, sampai van putih masuk kilang. Bertempiaran pakat lari daripada kena tangkap.

"Biasanya geng hisap rokok ni paling payah nak puasa," kata netizen.

Artikel Lain