Wanita yang datang haid tidak perlu berpuasa, namun wajib menggantikannya semula serta membayar fidyah jika sudah masuk Ramadan berikutnya. -Gambar hiasan AI
GANTI puasa Ramadan bukan sekadar pilihan, sebaliknya satu kewajipan kepada setiap Muslim yang meninggalkan ibadah tersebut atas sebab tertentu. Bagi wanita yang tidak berpuasa kerana uzur syarie seperti haid, tuntutan untuk menggantikan puasa itu tetap terpakai sebaik sahaja mereka mampu melaksanakannya sebelum tibanya Ramadan seterusnya. Namun tidak dinafikan, masih ada dalam kalangan wanita yang dilihat mengambil ringan soal mengganti puasa walaupun tempoh setahun dianggap mencukupi untuk berbuat demikian.ARTIKEL BERKAITAN: 2 bulan sebelum Aidilfitri, wanita mula gelisah... Benci hadap ahli keluarga, amalan berkumpul ramai-ramaiARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘judge’ pengunjung masjid, hanya ramai waktu berbuka tapi tak tunggu solat jemaah - “Ni tempat makan free ke?”Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang wanita mempersoalkan sikap segelintir pihak yang tidak sempat menggantikan puasa haid sehingga masuk Ramadan berikutnya."Saya tak faham kenapa ada perempuan period yang tak sempat ganti puasa dalam tempoh setahun sebelum tiba bulan puasa berikutnya? "Sampai kena bayar fidyah. Anda buat apa selama ni? Pandang remeh je benda ni?" tulisnya.Orang tua yang uzur adalah kategori yang tidak diwajibkan puasa dan diberi keringanan membayar fidyah. -Gambar hiasan AIMenurutnya, alasan seperti sakit berpanjangan, hamil atau menyusukan anak adalah situasi yang boleh difahami kerana melibatkan faktor kesihatan dan kemampuan fizikal."Tapi kalau sebab period sahaja, kemudian tak ganti-ganti juga?" ujarnya lagi.Tambahnya, terdapat banyak ruang dan peluang untuk menggantikan puasa dalam tempoh setahun, termasuk ketika melakukan puasa sunat seperti enam hari di bulan Syawal.Seorang wanita mempersoalkan sikap segelintir pihak yang tak ganti puasa haid sehingga masuk Ramadan seterusnya.Dia tidak memahami bagaimana tempoh setahun masih tidak cukup hingga akhirnya perlu membayar fidyah.Baginya, alasansakit berpanjangan, hamil atau menyusu boleh diterima, tetapi bukan haid.Katanya, banyak peluang dan masa untuk ganti puasa.Netizen bersetuju dan menegaskan hutang puasa wajib diganti dan tidak boleh dipandang ringan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Boleh ganti waktu puasa enam. Waktu ada puasa-puasa sunat. Paling malas pun puasa sehari dua je dalam sebulan, lama-lama cepat habis," katanya.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ada yang bersetuju bahawa disiplin dan perancangan amat penting bagi memastikan tanggungjawab itu tidak tertangguh."Kalau alasan kerja atau travelling... saya rasa ia alasan yang tak boleh pakai. Kita yang kena cari masa. "Ustazah saya pernah pesan, hutang dengan Allah jangan buat main. Allah bagi cuti, jadi kena ganti,"Ramai anggap bayar fidyah dah selesai. Tapi sebenarnya masih kena ganti puasa melainkan ada keadaan tertentu," demikian komen netizen.Sebahagian daripada komen netizen.Kewajipan ganti puasaWanita yang tidak berpuasa (termasuk disebabkan haid) pada bulan Ramadan wajib menggantinya (qada) pada hari lain, berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Mu'azah Al-'Adawiyyah, bermaksud:"Aku pernah bertanya kepada Aisyah RA lantas aku berkata: Mengapakah wanita haid itu perlu mengantikan puasanya tetapi tidak menggantikan solatnya? Kemudian Aisyah menjawab: Kami telah didatangi haid dan kami diperintahkan untuk menggantikan puasa (yang ditinggalkan kerana haid) tetapi tidak diperintahkan untuk menggantikan solat"Golongan ini diwajibkan untuk qada puasa sebelum tibanya bulan Ramadan akan datang.Jika mereka gagal menggantikan puasa, maka mereka perlulah qada puasa serta bayar fidyah mengikut jumlah hari yang ditinggalkan.