Pengambilan air kosong yang mencukupi dapat mengatasi masalah dehidrasi tubuh sepanjang Ramadan. -Gambar hiasan
KURANG minum air sepanjang bulan Ramadan akan membuatkan tubuh mengalami dehidrasi.Akibatnya, bibir akan menjadi kering, mengelupas selain badan menjadi lemah disebabkan kekurangan air dalam badan. Tidak hanya itu, warna air kencing juga berubah menjadi oren pekat.Menurut laman Facebook Public Health Malaysia, individu yang mengalami simptom tersebut berisiko terkena penyakit kencing kotor (UTI)."Ramai yang mengeluh perut kembung dan berbunyi selepas mengambil dua gelas air ketika berbuka."Namun, jika dibiarkan badan kurang air setiap hari, buah pinggang yang akan merana."Kesannya, UTI berlaku di mana individu tersebut akan terasa pedih dan panas mencucuk ketika buang air kecil."Batu karang juga akan mudah terjadi kerana mineral dalam air kencing mengeras menjadi kristal," jelasnya.Umat Islam dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan air manis dan kafein sepanjang Ramadan. -Gambar hiasanBagi mengelakkan situasi kesihatan tersebut, ini formula terbaik untuk mencukupkan kuantiti air setiap hari tanpa mengakibatkan perut kembung.1. Amalkan dua gelas air semasa sahurAnda disarankan untuk minum satu gelas air sejurus bangun tidur.Tindakan ini dapat 'mengejutkan' sistem usus.Seterusnya minum satu gelas air selepas selesai bersahur atau sebelum waktu imsak.2. Pastikan ambil empat gelas air semasa iftarEmpat gelas itu bukanlah semata-mata diminum semasa waktu berbuka, ya!Sebaliknya minum empat gelas air dari waktu berbuka sehingga tarawih supaya dapat mengelakkan kembung air berlaku.Formulanya adalah, satu gelas air sejurus azan Maghrib dan segelas lagi selepas selesai makan malam.Tambahkan satu gelas air selepas solat Maghrib dan bakinya selepas selesai solat tarawih.3. Amalkan dua gelas air sebelum tidurBagi yang gemar moreh, bolehlah ambil satu gelas air kosong bagi mengekalkan hidrasi dalam tubuh.Kemudian tambahkan segelas lagi sebelum anda masuk tidur.Paling penting, jangan ambil air manis seperti teh ais, kopi mahupun air balang yang dibeli dari bazar Ramadan.Ia tidak termasuk dalam kuota lapan gelas air kosong yang wajib untuk tubuh.Tambahan pula, minuman berkafein dan tinggi gula bersifat 'diuretik' yang memaksa buah pinggang membuang lebih banyak air.Anda pasti akan cepat haus pada keesokan harinya.