APABILA sebut pasal usus, mesti ramai yang bayangkan sistem penghadaman mahupun 'urusan' ke tandas sahaja. Namun hakikatnya, usus mempunyai fungsi yang lebih 'power' sehingga digelar 'otak kedua' dalam perubatan moden. Menariknya, kesihatan usus (mikrobiom) adalah kunci utama kepada kecantikan luaran dan dalaman seseorang.Sekiranya usus 'kotor', ia akan memberi kesan domino kepada tiga perkara yang paling dibimbangi golongan wanita iaitu kulit, emosi dan hormon.Memetik laporan Sanook.com. menjaga usus bukan sahaja untuk mengelakkan sembelit, tetapi ia adalah pelaburan kecantikan paling lestari. Ini kerana pabila bahagian dalaman seseorang itu bersih, automatik kulit makin berseri, emosi tenang dan hormon lebih stabil.1. Kulit kusam dan berjerawat (breakout)Sedar atau tidak, apabila anda mengalami masalah sembelit, jerawat akan naik pada wajah.Itu bukan kebetulan, sebaliknya ia menunjukkan usus tidak berfungsi dengan baik yang mana bakteria jahat menghasilkan toksin yang diserap semula ke dalam darah seterusnya menyebabkan keradangan di seluruh badan termasuk kulit.Bukan itu saja, usus yang bermasalah gagal menyerap vitamin dengan efektif. Oleh itu, sekiranya anda ingin dapatkan kesan glass skin yang sebenar, rahsianya bukan pada skincare, tetapi pada makanan. Amalkan pengambilan probiotik atau makanan berserat tinggi, usus bersih, barulah muka glowing!Usus merupakan rahsia kecantikan golongan wanita. -Gambar hiasan AI2. Emosi tak stabilRamai beranggapan perasaan gembira atau sedih datang dari otak semata-mata namun sebenarnya, lebih 90 peratus hormon serotonin (hormon bahagia) dihasilkan dalam usus.Jika mikrobiom usus tidak seimbang atau turut dikenali sebagai sindrom usus bocor, anda akan mudah berasa cemas dan cepat marah. Lebih membimbangkan apabila ia mendedahkan anda kepada risiko kemurungan.Jika anda rasa moody semacam tanpa sebab, cuba semak balik, adakah anda terlebih makan makanan segera atau minuman manis semalam? Kesihatan usus adalah pelaburan untuk kesihatan mental juga.3. Hormon menjadi 'huru hara'Bagi wanita, hormon estrogen sangat penting untuk kitaran haid yang teratur. Usus yang berfungsi akan menyingkirkan lebihan estrogen melalui pembuangan air besar.Jika sistem ini terganggu, hormon estrogen yang sepatutnya dibuang akan diserap semula ke dalam badan seterusnya mengakibatkan ketidakseimbangan hormon.Ia juga menjadi punca kenapa ramai wanita mengalami senggugut teruk, payudara terasa sakit, atau sering 'kelaparan'.Makanan yang ditapai dan diperam baik untuk kesihatan usus. -Gambar hiasan AIIni langkah mudah yang boleh diamalkan bagi memastikan usus berada dalam keadaan baik.1. Amalkan makanan fermentasiTambahkan kimchi, tempe, yogurt atau natto dalam diet harian untuk tambah bakteria baik (probiotik).2. Kurangkan gulaGula adalah 'makanan kegemaran' bakteria jahat yang menyebabkan keradangan usus.3. Minum air secukupnyaAir sangat penting untuk memastikan sistem penghadaman lancar dan toksin tidak terkumpul.4. Kawal stresOtak dan usus mempunyai sambungan saraf terus (Gut-Brain Axis). Sekiranya otak stres, usus pun boleh jadi kembung dan berangin.