Meluangkan masa dalam tempoh yang lama di tandas akan mengakibatkan kesan buruk pada kesihatan. -Gambar hiasan
AMALAN 'bertapa' di dalam tandas sudah menjadi lumrah dilakukan kebanyakan orang terutamanya ketika membuang air besar.Ada yang menyifatkan tandas sebagai lokasi 'terbaik' dan menyenangkan melayan video TikTok atau Instagram Reels mahupun bermain permainan video sehingga ramai terleka. Fenomena ini dipanggil oleh Generasi Z sebagai bathroom camping iaitu tindakan mengunci diri di dalam tandas untuk tempoh lama semata-mata untuk melarikan diri daripada tekanan atau mencari ketenangan tanpa gangguan.Bagaimanapun, tabiat ini sebenarnya mampu mengundang padah yang mengerikan seperti yang berlaku terhadap seorang lelaki di China.Berdasarkan laporan, rektum atau bahagian akhir usus besarnya didakwa terkeluar daripada lubang dubur disebabkan duduk terlalu lama di atas mangkuk tandas. Gambar imbasan CT pesakit lelaki terbabit. Memetik laporan MailOnline, kejadian yang berlaku di Zhongshan, wilayah Guangdong itu menyaksikan lelaki berkenaan dikejarkan ke hospital pada waktu tengah malam selepas menyedari terdapat gumpalan daging bersaiz bola tenis terkeluar dari duburnya.Pihak doktor mengesahkan gumpalan tersebut adalah rektum yang telah terputus sambungan fizikalnya dengan badan lalu melorot keluar.Keadaan tersebut dikenali sebagai prolaps rektum (rectal prolapse).Menurut pakar bedah gastrousus, Dr Su Dan yang merawat pesakit tersebut, keadaan itu berpunca daripada tindakan duduk di atas mangkuk tandas melebihi 30 minit.Pesakit itu mengaku bahawa dia menghabiskan masa yang lama di dalam tandas kerana leka bermain permainan video di telefon pintarnya."Hasil imbasan CT menunjukkan bonjolan berbentuk bola tenis di luar dubur pesakit mempunyai diameter sekitar 16 sentimeter," jelas laporan hospital tersebut.Tambah Dr Su, pesakit tersebut sudah mempunyai masalah usus sejak berusia empat tahun, namun tidak pernah mendapatkan rawatan.Susulan itu, tabiat 'bertapa' di dalam tandas memburukkan lagi keadaan pesakit.Proplas rektum boleh dikesan melalui tiga keadaan ini termasuklah;1. Otot dubur lemahOtot anal sphincter menjadi lemah akibat tekanan berlebihan dalam tempoh lama.2. Bonjolan luarPesakit akan merasa seperti ada daging yang terkeluar, pada awalnya ia boleh masuk semula secara spontan namun akan kekal di luar jika tidak dirawat.3. Ketidakselesaan pada pesakitKesan benjolan tersebut akan menyebabkan rasa tidak selesa, pendarahan, atau kesukaran mengawal pembuangan air besar. -Tyla