suria
mStar - Urban.Versatil

Tiga tahun menjanda, bekas isteri Aziz M Osman akui tak mudah buat keputusan bernikah lagi

Lily (kanan) kembali bergelar isteri selepas tiga tahun hidup sebagai ibu tunggal.

SELEPAS tiga tahun bergelar ibu tunggal, bekas isteri pengarah Aziz M Osman iaitu Puteri Lily Lokman akhirnya kembali mendirikan rumah tangga pada 14 Februari lalu. 

Berkongsi berita gembira itu dengan penuh rasa syukur, Puteri Lily, 35, mengakui bukan mudah untuknya membuat keputusan tersebut. 

Kata Puteri Lily, tempoh tiga tahun hidup sendiri memberi ruang untuknya menyesuaikan diri serta memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak.

Lily (kanan) bersama anak-anaknya.

Lily (kanan) berharap agar kehidupan baharunya dipermudahkan. 

"Selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal, akhirnya saya kembali bergelar isteri. 

"Jujur bukan senang nak buat keputusan kerana mungkin sudah terbiasa hidup sendiri dan bukan senang untuk Ara (anak) terima orang baru dalam hidup kami. 

"Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Jodoh memang datang waktu kita tak sangka," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga 13 tahun Aziz M Osman dan Puteri Lily berakhir dengan penceraian

ARTIKEL BERKAITAN: “Berani dia block saya” - Akaun IG bekas isteri disekat Aziz M Osman, masih mesra meskipun sudah bercerai

Sempena bulan Ramadan Lily turut memohon doa orang ramai agar perjalanan baharunya itu dipermudahkan.

"Sempena berkat bulan Ramadan, saya mohon doakan yang terbaik untuk keluarga kecil kami. 

"Semoga perjalanan baru ini membawa bahagia untuk saya dan anak-anak," ujarnya. 

Untuk rekod, Lily pernah mendirikan rumah tangga dengan Aziz, 63, pada 6 Jun 2010 sebelum sah bercerai pada Ogos 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Puteri Nur Azzahra, 15, dan Putera Muhamad Aryan, 9 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain