suria

“Berani dia block saya” - Akaun IG bekas isteri disekat Aziz M Osman, masih mesra meskipun sudah bercerai

Aziz dan Puteri Lily masih mengekalkan hubungan baik meskipun sudah bercerai.

PELAKON dan pengarah Aziz M Osman dilihat masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isteri iaitu Puteri Lily Lokman meskipun mereka sudah bercerai awal Julai lalu.

Malah mereka sempat meluangkan masa keluar makan bersama anak-anak selain bergurau mengenai tindakan Aziz, 61, menyekat akaun Instagram Puteri Lily sebelum ini.

Puteri Lily memberitahu dia tidak boleh membuat pautan (tag) bekas suaminya dalam hantaran dibuat dan secara bergurau mendesak Aziz membuka semula sekatan tersebut.

"Tak boleh nak tag sebab kena block. Nak suruh Aziz unblock semula. Berani dia block saya," tulisnya di Instagram miliknya.

553

Pasangan ini mempunyai dua cahaya mata.

Aziz kemudiannya memberikan telefonnya kepada bekas isterinya untuk membuka semula sekatan yang dibuat sebelum ini.

Namun Aziz memberi amaran akan menyekat semula akaun Puteri Lily sekiranya dia membuat hantaran berbaur pelik selepas ini.

"Awak post merepak je, saya block semula la," balas Aziz.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga 13 tahun Aziz M Osman dan Puteri Lily berakhir dengan penceraian

ARTIKEL BERKAITAN: Mak Wan Latah tak serik kahwin lagi, mahu cari suami atas pilihan sendiri... “Bagi gambar lain, jumpa orangnya lain”

Mereka juga dilihat masih mesra menikmati makanan Jepun di sebuah restoran.

Untuk rekod, Lily dan Aziz mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Puteri Azzahra, 11 dan Putera Mohamad Aryan, 5 tahun.

Sebelum ini, Aziz pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit dan pelakon Nor Aliah Lee pada 1992 sebelum bercerai pada 2007.

Hasil perkahwinan itu, Aziz dan Aliah dikurniakan enam orang cahaya mata.

Selepas bercerai dengan Aliah, Aziz bertemu jodoh dengan Nor Radhiah pada 16 Ogos 2008 namun perkahwinan itu tidak sah kerana wanita itu masih dalam tempoh edah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain