suria
mStar - Urban.Versatil

Chef Zam dikecam selepas pertikai umat Islam ‘menggeletis’ nak balik kerja awal… “Kau ingat pejabat depan pintu rumah ke?”

Chef Zam menerima kecaman di media sosial.

CEF selebriti, Profesor Datuk Zamzani Abdul Wahab atau Chef Zam menerima kecaman hebat daripada netizen susulan perkongsiannya yang mempertikaikan tindakan segelintir pekerja mahu pulang awal sepanjang bulan Ramadan. 

Chef Zam, 56, meluahkan rasa hairan terhadap situasi tersebut serta mempersoalkan alasan di sebalik keinginan untuk menamatkan waktu kerja lebih awal.

"Waktu berbuka 7.29 malam, yang kau menggeletis nak balik tempat kerja 4.30 petang kenapa pula? 

Perkongsian Chef Zam (kiri) mengundang perhatian ramai.

"Nak memasak untuk katering bisnes ke?," katanya. 

Chef Zam berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

Bagaimanapun, kenyataan tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan menyifatkan pandangan cef berkenaan kurang sensitif terhadap situasi pekerja yang berpuasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Program masakan sudah jadi hiburan, tiada ilmu manfaat kepada penonton - Chef Zam

ARTIKEL BERKAITAN: 12 artis terkenal pamer bakat dalam ‘Dapur Chef Zam’

Rata-rata netizen tampil memberikan pandangan balas dan mempertahankan hak pekerja yang diberi kelonggaran oleh majikan untuk pulang lebih awal sepanjang Ramadan.

"Belas ihsan bos bagi balik awal bukan sebab nak masak sahaja, ini bulan puasa. Mungkin ada yang kurang bertenaga dan perlukan rehat. Ada juga kerja jauh balik rumah ngam-ngam waktu berbuka. 

"Majikan redflag. Alhamdulillah bos saya balik awal sejam dari biasa, pukul 4 sebab dia pun berkeluarga dan tahu rutin bulan puasa ini macam mana. 

"Jenis tak pernah kerja ofis, biarlah," tulis netizen. 

Sementara itu, hasil tinjauan mStar mendapati hantaran yang dimuat naik oleh Chef Zam itu dipercayai telah dipadamkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain