SEORANG peniaga makanan di Thailand mengalami kerugian sebanyak 25,000 baht (RM3,125) selepas dompetnya tercicir pada Khamis.Mangsa yang dikenali sebagai Nang, 35, berkata dompet itu hilang semasa dia sedang membeli bahan makanan di sebuah pasar. Dia hanya menyedari kehilangan dompetnya itu ketika hendak membuat pembayaran di sebuah kedai.Nang kemudian meminta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi menjejaki lokasi dompetnya tercicir.Berdasarkan rakaman, kelihatan seorang wanita bertubuh gempal mengambil dompet milik Nang yang tercicir.ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga sedih 30 ekor ayam perap terpaksa dibuang! Pelanggan tak nak tahu masalah, jangan jadikan alasan naik hargaNang berkata dompet itu mengandungi dokumen penting, kad pengenalan milik suami dan anaknya serta kad ATM.Dia kemudian menyemak akaun bank dan mendapati bakinya sudah dikosongkan melalui dua pengeluaran di mesin ATM.Menurut Nang, dia sedih kerana wang itu sepatutnya digunakan untuk membeli komputer riba bagi pendidikan anaknya.Nang juga berjanji tidak akan meneruskan tindakan jika wang itu dipulangkan oleh wanita tersebut.Wanita itu membuat laporan di Balai Polis Mueang, Udon Thani, Thailand dan polis kini sedang membuat semakan CCTV bagi menjejaki pelaku. -Agensi.