DUA sukarelawan kesihatan penjara disahkan positif mpox atau cacar monyet selepas seorang banduan meninggal dunia akibat penyakit itu.Menurut Jabatan Kawalan Penyakit (DDC) Thailand, kes itu berlaku di kompleks Penjara Thon Buri, Bangkok. Setakat ini, dua sukarelawan itu hanya mengalami gejala ringan dan keadaan juga masih terkawal.Sebelum ini, seorang banduan berumur 44 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat mpox pada 11 Februari. ARTIKEL BERKAITAN: Badan naik ruam, kulit melepuh... Ketahui 6 tanda-tanda lain jangkitan mpoxBanduan tersebut dikatakan mempunyai beberapa penyakit kronik termasuk HIV, yang menyebabkan kesihatannya merosot dengan drastik.Susulan kematian itu, DDC mengenal pasti 49 individu sebagai kontak berisiko, termasuk banduan dan sukarelawan kesihatan awam penjara. Langkah-langkah pencegahan dan kawalan penyakit juga segera dilaksanakan, termasuk pengasingan dan pemantauan rapi.Menurut laporan Kementerian Kesihatan Awam yang disiarkan di Thai PBS pada 30 Januari, Thailand merekodkan lebih 1,030 kes mpox yang disahkan sejak wabak bermula pada 2022. -Agensi.