suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahasiswi maut selepas makan ubat gugurkan kandungan, 5 individu direman bantu siasatan

Pengambilan ubat tanpa preskripsi daripada pengamal perubatan boleh mengundang risiko termasuk maut. -Gambar hiasan AI

SEORANG mahasiswi berusia 20 tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah apartment, dipercayai selepas mengambil ubat penggugur kandungan.

Kejadian berlaku di Cikarang Utara, Bekasi, Indonesia.

Menurut Ketua Polis Metro Bekasi, Pesuruhjaya Kanan Sumarni, mangsa sebelum itu datang ke apartment berkenaan bersama beberapa rakannya. 

Selepas mengambil ubat tersebut, keadaannya merosot, tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal dunia.

Kes berkenaan terbongkar susulan laporan orang awam mengenai seorang wanita yang ditemui tidak bernyawa di dalam bilik apartment. 

Polis yang tiba di lokasi mengesahkan kematian mangsa sebelum mayatnya dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Dalam siasatan lanjut, polis menahan lima individu yang dipercayai terlibat dalam penjualan dan pengedaran ubat penggugur kandungan tersebut sehingga sampai ke tangan mangsa.

Selain itu polis turut merampas barangan termasuk beberapa telefon bimbit, motosikal serta sisa ubat yang dipercayai digunakan mangsa.

Semua suspek kini direman dan disiasat mengikut pertuduhan termasuk bunuh berencana, membunuh serta kesalahan berkaitan pengedaran ubat haram.

Polis menegaskan siasatan akan diteruskan bagi menjejaki rangkaian pengedaran ubat tanpa preskripsi itu hingga ke pembekal utama, bagi mengelakkan kejadian sama berulang. -Agensi

Artikel Lain