SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa selepas dia bersama beberapa rakan setugas tidak dijemput ke majlis persaraan seorang pegawai atasan di jabatan mereka.Luah penjawat awam itu, perasaan itu timbul selepas mengenangkan mereka mempunyai hubungan baik sepanjang sembilan tahun berkhidmat. Katanya, dia pasti tidak akan berkecil hati jika tidak dijemput sekiranya mereka tidak mempunyai hubungan baik.Pekerja dan pihak atasan perlu profesional ketika bekerja. - Gambar hiasan AI“Dah sembilan tahun dalam perkhidmatan, hari ini saya baru sedar bahawa staf hanyalah staf dan tidak setaraf dengan pegawai atasan."Bukan masalah terhegeh-hegeh tapi staf lain dijemput, geng kami pula tidak. Apa bezanya? Kalau semua staf tak dijemput, itu lain cerita," luah wanita itu.Apa lebih mengecewakan, mereka sebelum ini diminta menyumbang wang tunai bagi membeli hadiah untuk pegawai berkenaan bersempena persaraannya. ARTIKEL BERKAITAN: Staf terkilan wang sumbangan hadiah hari jadi bos diguna beli arak harga 11K, seorang kena bayar minimum RM30ARTIKEL BERKAITAN: Staf senior malu besar lepas 'sound' budak praktikal nak bantu baiki 'printer' - "Pengalaman tak datang dari pangkat"“Duit dah kutip untuk beli hadiah, cincin emas pula tu. Secara paksa rela. Siap datang ke meja minta sumbangan,” luahnya.Tambahnya, sepanjang pegawai tersebut berkhidmat, kumpulannya antara yang kerap membantu menyiapkan tugasan dan bekerjasama rapat dalam urusan kerja.“Bila bab kerja, tak memilih pula, yang tiada kaitan pun dicari untuk bantu siapkan kerja. Tapi bila ada majlis macam ini, jemputan dipilih-pilih ikut jawatan,” katanya.Seorang wanita kecewa apabila tidak dijemput ke majlis persaraan pegawai atasan.Dakwanya, ada staf lain dijemput, namun kumpulannya tidak tersenarai.Mereka sebelum ini menyumbang wang membeli hadiah cincin emas untuk pegawai berkenaan.Wanita itu mendakwa sering membantu menyiapkan kerja pegawai itu sepanjang berkhidmat.Netizen menganggap situasi berkenaan sebagai lumrah di tempat kerja.Ringkasan ini dijana oleh AIWanita itu mengakui berasa kecil hati dengan layanan yang dianggap tidak adil, apatah lagi bekerja dalam jabatan yang sama.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang menasihati wanita itu supaya sedar diri statusnya sebagai pekerja bawahan."Sebab itu kita kena tahu batas dan kedudukan kita. Baik macam mana seorang bos tu dia tetap bos, harap semua dapat belajar sesuatu daripada peristiwa ni."Benda ni normal je kat mana-mana tempat boleh berlaku. Dia nak dia cari, dia tak nak dia letak tepi. Itu lumrah jadi kuli," komen netizen.