suria
mStar - Urban.Versatil

Peniaga letak syarat mengarut, larang beli nasi tanpa lauk... Berkeras tak jual walaupun nak bagi kucing jalanan

Segelintir peniaga kurang sedang apabila premis mereka dipenuhi kucing jalanan. -Gambar hiasan AI

SETIAP premis perniagaan pastinya mempunyai syarat-syarat tertentu yang dikenakan ke atas pelanggan.

Namun, seorang pemuda meluahkan rasa kesal apabila mendakwa sebuah warung di Skudai, Johor, mengenakan syarat tidak masuk akal jika ingin membeli nasi putih.

"Aku baru je kena minggu lepas. Aku minta nak beli nasi putih dekat satu warung Melayu. Aku nak gaul dengan wet food untuk bagi kucing jalanan.

Berbuat baik kepada haiwan merupakan satu perbuatan terpuji. -Gambar hiasan AI

"Dia tak nak jual nasi kosong. Dia kata nasi putih saja tak boleh. Kalau nak juga, kena beli dengan lauk sekali," tulisnya.

Menurut pemuda itu, dia tidak berputus asa dan terus ke kedai lain sebelum akhirnya dilayan dengan mesra selepas pekerja di situ mengetahui niat baiknya.

"Aku pergi pula dekat kedai mamak. Bila maklumkan yang aku nak bagi kucing jalanan makan, mereka siap ambil seketul dada ayam.

  • Pemuda kesal layanan peniaga sebuah warung di Skudai.
  • Dia tidak dibenarkan membeli nasi kosong tanpa lauk.
  • Dia hanya mahu nasi untuk digaul bersama wet food kucing.
  • Pemuda itu terima layanan berbeza selepas pergi ke kedai mamak.

"Mereka cincang-cincang dan gaulkan sekali dengan nasi. Mereka bagi kepada aku secara percuma," ceritanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen turut mengakui cerita itu kerana mereka juga pernah melihat kebaikan pekerja restoran mamak.

"Kedai mamak memang tak kedekut makanan dengan kucing jalanan. Saya selalu nampak. Mungkin sebab tu kedai mamak tak putus pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak bawa wang tunai ke pasar di Terengganu, wanita terkejut peniaga tawar penyelesaian tak dijangka - “Patutlah negeri ni bahagia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa hal gaul dengan Super Ring?” - Pemuda geram peniaga Melayu ‘sesatkan’ menu Mexico, menyampah asyik sebut guna bahan rahsia

"Sebab itulah kedai mamak boleh bertahan. Kadang mereka siap bagi kucing jalanan makan. Ada bahagian siap-siap dah," tulis netizen.

Pada masa sama, netizen turut menasihati para peniaga agar tidak kedekut untuk menyantuni haiwan-haiwan jalanan.

"Pelik dengan mentaliti peniaga Melayu. Macam tak percaya rezeki tu Allah yang atur.

"Kadang orang kita ni takut nak kongsi rezeki dengan haiwan, takut rugi. Padahal Allah ganti lebih lagi nanti," tulis netizen.

Artikel Lain