SEORANG wanita berkongsi pengalaman menyentuh hati ketika berurusan dengan seorang peniaga di Pasar Chabang Tiga di Kuala Terengganu, Terengganu.
Menurutnya, dia singgah ke pasar tersebut pada malam hari tanpa membawa wang tunai kerana pada awalnya hanya berhasrat menjemput adiknya di lapangan terbang.
Katanya, dia hanya membawa telefon bimbit dan menyangka kebanyakan peniaga kini menerima bayaran secara imbasan kod QR.
Orang ramai lebih selesa membeli belah dengan peniaga yang jujur dan mesra. -Gambar hiasan AI
"Aku ni fikir kalau nak bayar boleh QR sebab pasar sekarang kan dah ramai guna QR.
"Lepas tu barang yang aku nak tu ada kat seorang makcik ni je dan dia pula takde kod QR tu," kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita malu dijerkah penjual roti, rupanya enggan beli sebab ada 'sejarah' dengan peniaga lain - "Kereta besar tapi sombong"
ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup tisu gulung, surat khabar pun ada! Taktik jahat peniaga laksa pekatkan kuah terbongkar - “Nampak macam ada huruf”
Katanya, dalam keadaan serba salah, peniaga tersebut dengan tenang menawarkan penyelesaian yang tidak disangka.
"Selamba je dia cakap tak mengapa kalau takde duit, esok je bayar.
"Dia suruh aku ambil ja barang tu dan suruh aku bayar esok. Well, aku terpikir this is Terengganu," katanya.
- Peniaga Pasar Chabang Tiga benarkan pelanggan ambil barang walaupun tiada wang tunai.
- Wanita itu terharu apabila diminta bayar keesokan hari.
- Sikap saling percaya disifatkan sebagai keunikan Terengganu.
- Netizen turut kongsi pengalaman serupa di negeri Pantai Timur.
- Keikhlasan peniaga raih pujian ramai.
Ringkasan ini dijana oleh AI
Kepercayaan yang ditunjukkan membuatkan wanita itu tersentuh dengan keikhlasan peniaga berkenaan.
"Kenal ke tak kenal ke belakang kira. Dia kira nak mudahkan urusan aku je tu. Patut lah negeri ni bahagia," katanya.
Perkongsian itu diakui netizen yang berkongsi pengalaman serupa ketika berada di negeri Pantai Timur tersebut.
"Aku macam ni juga, dia tak tahu guna QR. Hujungnya dia sedekahkan ja dekat anak-anak aku.
"Pernah borong kaftan kat Pasar Payang harga RM300, tapi line tak okay masa nak QR, dia suruh aku jalan-jalan dulu kemudian baru bayar.
"Kedai-kedai kat Terengganu memang macam tu. Kalau takde duit, bayar esok je," komen netizen.


