suria

Ibu langsung tiada alahan hamil, tahu-tahu dah cukup bulan... Gadis terkejut bakal dapat adik pada usia 20 tahun - “Semua tercengang!”

Membuka buku pink adalah perkara wajib untuk wanita hamil di Malaysia. -Gambar hiasan AI (kiri)

SEORANG gadis tidak menyangka kehidupan keluarganya berubah secara mendadak dalam tempoh singkat apabila ibunya disahkan mengandung dan perlu menjalani proses kelahiran dengan segera.

Menurut gadis berusia 20 tahun itu, keluarganya pada awalnya menyangka kandungan ibunya baru memasuki usia sekitar tiga hingga empat bulan.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut oleh jururawat mengejutkan semua pihak apabila dimaklumkan kandungan tersebut sebenarnya sudah cukup bulan.

Banyak persediaan perlu dilakukan bagi menyambut kelahiran cahaya mata. -Gambar hiasan

Banyak persediaan perlu dilakukan bagi menyambut kelahiran cahaya mata. -Gambar hiasan

"Semua tercengang. Apa-apa persiapan pun tak sempat dibuat sebab terkejut. Mak pun tak tahu dia mengandung sebab langsung tiada alahan.

"Perut pun tak nampak macam orang mengandung. Mungkin sebab bayi dalam kandungan bayi perempuan, jadi tak perasan. Aduh, tak tahu nak reaksi macam mana," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mata jangan sampai naik putih!” - Ibu hamil datang KK buka buku ‘pink’ kali ketiga dimalukan jururawat, gurau lucah tak bertempat

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat menangis sambut kelahiran anak teman lelaki... Nama dalam buku ‘pink’ bongkar segala penipuan!

Menurut gadis itu, ibunya hanya menyedari berlaku perubahan apabila mula merasai pergerakan di dalam perut serta kaki menjadi bengkak.

"Mak pun saja beli kit ujian kehamilan, tahu-tahu naik dua garisan. Semalam baru buka buku pink, hari ni doktor kata esok kena bersalin.

"Sekelip mata ja semua ni berlaku," katanya memaklumkan ibunya berusia 36 tahun.

Dalam masa sama, gadis itu turut memohon doa orang ramai agar urusan kelahiran ibunya dan bayi dipermudahkan.

  • Gadis berusia 20 tahun terkejut bakal dapat adik apabila ibunya disahkan hamil.
  • Disangka hamil 3–4 bulan, rupanya kandungan sudah cukup bulan.
  • Ibu tidak sedar mengandung kerana tiada alahan dan perut tidak ketara.
  • Buku pink baru dibuka, terus dimaklumkan perlu bersalin.
  • Kisah itu mengundang perkongsian pengalaman sama daripada warganet.

Perkongsian tersebut turut mengundang reaksi ramai warganet yang berkongsi pengalaman hampir sama apabila mendapat adik pada usia 20-an.

"Sama lah, 2018 mak beritahu dia mengandung. Masa tu saya buat diploma, kalau keluar bawa adik orang ingat bawa anak.

"Masa umur 20 juga masa tu kat Johor tengah diploma, buat panggilan video tengok ibu tak sihat, bila tanya ayah dengan semangat cakap kata ibu mengandung lagi. Saya terkedu.

"Macam nenek saya. Mak saya hamil anak sulung nenek pun beranak anak bungsu jarak 22 tahun dengan anak nombor tiga," komen netizen.

 

Artikel Lain