SETIAP pasangan pastinya mempunyai majlis perkahwinan impian masing-masing.
Namun adakalanya, impian tersebut tidak dapat direalisasikan berikutan campur tangan keluarga.
Pernah mengalami situasi yang sama, seorang wanita India tampil berkongsi pengalaman pahit sewaktu majlis perkahwinannya dua tahun lalu, yang sehingga kini masih meninggalkan kesan mendalam buatnya.
"Saya dan suami kenal melalui aplikasi janji temu. Kedua-dua buah keluarga sangat gembira dengan perkahwinan kami. Selepas kami pilih tarikh kahwin, bapa mentua langsung ke dewan terbesar dekat tempat mereka dan buat tempahan tanpa berbincang dengan saya.
Perancangan yang teratur dapat membantu mengelakkan tekanan serta memastikan majlis perkahwinan berlangsung dengan sempurna. -Gambar hiasan
"Sebenarnya majlis perkahwinan impian saya adalah di kuil dan diadakan waktu pagi. Suami pun sama. Kemudian saya suruh dia slow talk dengan ayahnya.
"Tapi ibu mentua pula slow talk dengan saya, beritahu jemputan ramai, kuil tak dapat tampung dan sebagainya," tulisnya dalam satu hantaran di Threads.
Biarpun sedikit ralat, namun wanita berkenaan berkata dia memilih untuk akur demi kebaikan semua pihak.
ARTIKEL BERKAITAN: Mentua tinggal sebumbung tuduh menantu perempuan tak solat, banyak soal tentang agama - "Anak sendiri pun tak betul"
ARTIKEL BERKAITAN: Mentua kaki pusing, guna suami ambil ‘personal loan’ buat rumah... Lepas siap ipar-duai ‘rasmi’ dulu, pemilik disuruh pindah!
Tidak terhenti setakat itu, wanita itu berkata bapa mentuanya sekali lagi campur tangan melibatkan urusan tempahan kad kahwin, yang mana kali ini benar-benar menguji kesabarannya.
"Selepas pilih (kad kahwin), dia tak tanya pun bagaimana ejaan nama saya. Yang terpaling penting bagi dia, letak tittle saya Dr ***** MBBS, tanpa izin saya.
"Saya dengan sopan minta buangkan gelaran 'Dr' dan 'MBBS' daripada kad tersebut, namun dia dengan sopan menolak dan mengatakan bahawa itu adalah tradisi keluarganya.
"Sekali lagi saya minta suami slow talk dengan bapanya. Bapa mentua setuju," ujarnya.
Seorang wanita berkongsi pengalaman pahit majlis perkahwinannya yang dicampuri keluarga mentua dua tahun lalu.
Bapa mentuanya menempah dewan besar tanpa berbincang walaupun dia dan pasangan mengimpikan majlis di kuil.
Dia mengalah selepas dipujuk ibu mentua demi menjaga keharmonian keluarga.
Bapa mentua turut tidak berlaku jujur ketika urusan tempahan kad kahwin.
Lebih kesal, tiada permohonan maaf daripada keluarga mentua atau suami sehingga kini.
Namun siapa sangka, setahun selepas berkahwin, wanita itu berkata dia mendapat tahu bahawa bapa mentuanya tidak jujur sebagaimana janjinya sebelum ini.
"Tuhan kemudian tunjukkan, yang sebenarnya keluarga mereka cetak dua versi kad jemputan belakang saya.
"Yang tanpa title Dr, bagi dekat family saya. Dalam diam-diam cetak versi dengan title Dr, untuk diedarkan belah mereka," ujarnya.

Sebahagian daripada reaksi warga maya.
Lebih kesal ujarnya, tiada seorang pun daripada keluarga mentua termasuk suami, memohon maaf kepadanya seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Perkongsian wanita tersebut mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati, selain mengecam keluarga mentuanya yang disifatkan angkuh dan mementingkan diri.
Dalam pada itu, ada di antara mereka menasihatkan individu yang bakal berkahwin supaya bersikap tegas sekiranya ada pihak lain yang cuba mencampuri urusan perkahwinan.


