suria

Bakal jemaah umrah cuba menipu peraturan Arab Saudi... Maki hamun di klinik, paksa petugas kesihatan bagi kad vaksinasi tanpa cucuk

Lumrah bagi petugas fasiliti kesihatan berdepan dengan pelbagai ragam pesakit. -Gambar hiasan AI

MENJADI lumrah untuk petugas di fasiliti kesihatan berdepan dengan pelbagai ragam pesakit.

Di laman Threads, seorang wanita dipercayai petugas di sebuah klinik berkongsi pengalamannya berdepan pesakit yang bukan sahaja degil tetapi cuba melakukan penipuan berkaitan vaksinasi.

Menurutnya, individu tersebut yang merupakan bakal jemaah umrah mahu mendapatkan kad vaksinasi tanpa menerima suntikan sebenar, semata-mata untuk memenuhi keperluan perjalanan ke Tanah Suci.

ARTIKEL BERKAITAN: Sentiasa senyum ketika diperiksa... Doktor terkedu pesakit beri klinik ‘rating’ 1 bintang, berjela komen buruk - “Saya bukan bomoh!”

ARTIKEL BERKAITAN: Berdesing telinga! Jururawat tahan sabar rawat pesakit Israel hina Malaysia - "Terhegeh-hegeh juga nak masuk negara tak maju"

"Tak fahamlah nak pergi umrah tapi nak menipu kad vaksin. Nak kad je, tak nak cucuk," tulisnya dalam hantaran berkenaan. 

Menurut wanita tersebut, apabila dia cuba menerangkan kepada bakal jemaah berkenaan bahawa tindakan itu tidak dibenarkan dan bertentangan dengan etika perubatan, penjelasannya dibalas pula dengan makian.

"Tak seiring betul perangai memaki hamun dan menipu dengan niat nak pergi umrah tu," tulisnya lagi.

Individu yang bakal ke Tanah Suci disarankan mengambil suntikan vaksinasi sebagaimana yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi. -Gambar hiasan AI

Sebagai perkongsian untuk pengetahuan bersama, Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135) ialah suntikan wajib untuk semua jemaah haji dan umrah, seperti yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Selain vaksin wajib, bakal jemaah haji dan umrah digalakkan mengambil suntikan vaksin pilihan, iaitu vaksin Influenza dan Pneumococcal (pilihan).

  • Seorang petugas kesihatan berkongsi pengalaman berdepan dengan bakal Jemaah umrah yang degil.

  • Bakal jemaah umrah itu mahu mendapatkan kad vaksin tanpa menerima suntikan sebenar.

  • Apabila diberi diberitahu perbuatan itu salah, petugas tersebut dimaki hamun.

  • Petugas itu kecewa sikap bakal jemaah umrah itu tidak selari dengan niatnya untuk beribadah, 

  • Warga maya menyarankan supaya dia mengambil tindakan tegas dan tidak tunduk kepada permintaan tersebut.

 Perkongsian tersebut mengundang perhatian warga maya, dengan rata-ratanya menekankan bahawa kejujuran dan adab yang baik perlu dijadikan asas, terutama dalam urusan berkaitan ibadah.

"Kalau sampai maki hamun, pekara tu sudah jadi isu undang-undang. Buat laporan polis, bagi PDRM pula buat kerja.

"Buat je kerja awak, jangan dengar cakap penipu tu. Masa umrah boleh kena semua jenis penyakit," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain