SEORANG individu meluahkan rasa tidak selesa dan kecewa dengan sikap segelintir ibu yang masih membawa anak lelaki masuk ke tandas wanita, khususnya di tempat awam.
Menurutnya, situasi itu berlaku ketika dia singgah di sebuah masjid yang hanya mempunyai tiga ruang tandas.
Ketika sedang beratur, dia terserempak dengan beberapa orang kanak-kanak lelaki yang keluar masuk dari tandas wanita secara berasingan.
Ada segelintir ibu bapa gemar membawa masuk anak ke tandas berlainan jantina. -Gambar hiasan AI
"Anak kau yang lelaki tiada bapa ke yang kau kena heret masuk tandas wanita? Dah la dibogelkan anak tu sebelum masuk.
"Lepas tu tak tutup pintu sebab kau tunggu depan tu. Dah besar semuanya... bukan bayi pakai lampin," luahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tengah buka tudung dalam tandas awam... Geng pondan masuk kencing, tambah bedak - "Anak aku 'sound', mencuka muka"
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terajang pintu bilik, 'ajar' bos biadab! Malas angkat 'phone', sanggup maki staf di tandas
Katanya anggaran kanak-kanak tersebut sekitar usia empat, lima dan 12 tahun.
Wanita itu mengakui dia masih boleh bertolak ansur jika melibatkan anak kecil yang benar-benar memerlukan bantuan, terutama kerana faktor keselamatan seperti lantai licin.
Namun, menurutnya, anak lelaki yang sudah besar sepatutnya boleh menggunakan tandas sendiri atau dibawa ke tandas lelaki oleh bapa mahupun penjaga lelaki.
“Aku cuba berfikir positif, mungkin wanita itu seorang ibu tunggal. Tetapi apabila anak sudah hampir remaja, rasanya dia boleh berdikari dan menjaga batas,” katanya.
- Wanita tidak selesa anak lelaki dibawa masuk tandas wanita.
- Kejadian berlaku di tandas masjid yang terhad ruang.
- Kanak-kanak lelaki terlibat termasuk yang sudah besar.
- Anak kecil difahami, anak besar wajar berdikari.
- Netizen turut bersetuju dan berkongsi rasa sama.
Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang bersetuju dengan pandangan wanita tersebut dengan mengakui tidak selesa apabila kanak-kanak lelaki yang makin berusia masuk ke tandas berlawanan jantina.
"Saya sebagai ibu sangat faham perasaan tu. Saya sendiri rasa tak selesa nak bawa anak lelaki yag dah besar masuk tandas.
"Dah besar macam tu boleh je suruh masuk tandas lelaki sendiri. Awak tunggu la anak depan tandas," komen netizen.


