suria

Pemuda terkejut tengok notis ‘Mama removed Papa’ dalam grup WhatsApp keluarga - “Anak-anak tanya kenapa, dia senyum je”

Kehilangan orang tersayang adalah pengalaman duka yang sukar disembuhkan. -Gambar hiasan AI

SEORANG pemuda meluahkan rasa sedih dan pilu selepas ibunya terpaksa mengeluarkan nombor telefon bapanya daripada kumpulan WhatsApp keluarga.

Menurutnya, tindakan ibunya itu bukan sebab benci, tetapi kerana terlalu mencintai bapanya.

Katanya, tindakan ibu berbuat demikian selepas genap setahun bapanya meninggal dunia sangat mengejutkan mereka adik-beradik.

Kehilangan insan tersayang sangat menyedihkan. -Gambar hiasanKehilangan insan tersayang sangat menyedihkan. -Gambar hiasan

"Akhirnya, orang paling dia (arwah bapa) cinta yang remove dia dari grup famili. Bukan anak sulung, tengah atau bongsu. Tapi kecintaan dia sendiri.

"Apabila mama remove, semua anak-anak tanya kenapa? Dia senyum je. Mata dia sedih dan saya faham tapi kami pun tak boleh buat apa," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jarak rumah 20 minit tapi tak ziarah pakcik meninggal... Wanita teruk disindir dalam grup WhatsApp keluarga, seminggu tak habis

ARTIKEL BERKAITAN: Guru letak 18 foto murid tak siap kerja sekolah dalam grup WhatsApp! Mak ayah 'sentap' terus lapor SisPAA, anggap jatuh maruah anak

Menurut pemuda itu, sekitar pukul 6.15 petang pada 24 Disember 2024 menjadi detik yang akan terus terpahat dalam ingatannya apabila bapanya menghembuskan nafas terakhir.

Kini selepas setahun berlalu, hatinya sebak tatkala melihat ibunya duduk di atas sofa, lokasi sama jenazah arwah bapanya dibaringkan.

"Saya balik dari kerja, mama duduk atas sofa tempat pembaringan arwah papa. Dia senyum. Dia baring mengiring, kedua lutut dirapatkan ke dada.

"Macam anak kecil yang tengah menangis. Saya tengok dia, dia senyum tapi dia lap air mata.

"Selain hari raya, hari lahir, hari ibu dan bapa, ada satu tarikh yang kami perlu ingat iaitu hari perginya arwah papa," katanya.

  • Pemuda pilu ibunya buang nombor arwah ayah dari grup WhatsApp keluarga.
  • Tindakan itu bukan kerana benci, tetapi terlalu cinta.
  • Detik sedih 24 Disember terpahat dalam ingatan.
  • Hari pemergian arwah jadi tarikh penting keluarga.
  • Perkongsian undang simpati netizen.

Pemuda itu juga memohon doa orang ramai agar ibunya diberikan kekuatan, kesihatan dan ketenangan serta dikurniakan menantu bongsu solehah yang setia menemani ibunya hingga akhir hayat.

Perkongsian itu mengundang rasa sedih dalam kalangan netizen dan mereka juga turut pernah berdepan situasi yang sama.

"Saya pernah tengok orang hilang suami. Baju arwah tergantung pun dia tak boleh tengok. Bilik pun dia tak boleh jejak.

"Hilang ibu bapa ni rasa paling sakit daripada putus cinta. Kita menanggung rindu yg tiada penghujungnya," komen netizen.

Artikel Lain