suria

Ibu tak putus doa lepas lahirkan bayi cacat kekal, keajaiban berlaku ketika anak umur 7 tahun - "Masa hamil mak terpijak kaki kucing"

Orang tua-tua sering mengaitkan perbuatan semasa mengandung dengan kesan yang bakal dialami bayi. -Gambar hiasan AI

RAMAI dalam kalangan kita pasti pernah mendengar pesanan orang tua-tua yang menasihatkan wanita hamil agar berhati-hati dalam setiap perbuatan, termasuklah tidak mencederakan haiwan kerana dikhuatiri memberi kesan kepada bayi dalam kandungan atau lebih popular dengan istilah 'terkenan'.

Bagi sesetengah orang, nasihat itu dianggap sekadar mitos dan ada juga yang lebih berhati-hati semasa hamil dengan mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara tidak wajar.

Namun, satu perkongsian yang tular di media sosial baru-baru ini sememangnya wajar menjadi iktibar dan dijadikan pengajaran oleh masyarakat khususnya ibu mengandung.

"Pengalaman mak aku. Masa mengandungkan abang aku dulu, dia tak sengaja terpijak kaki anak kucing sampai teruk la kaki kucing tu.

"Bapa aku suruh biar, diaorang tinggalkan kucing tu macam tu je. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah simpati wajah ibu hamil jadi orang tua sebab alahan, wanita ini tak sangka diri sendiri pun terkena - “Mula-mula muka jadi sembab”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja KKM tak faham alahan wanita hamil! Isteri masak sambil tahan loya, takut lihat ‘protes’ hempas tudung saji

"Walaupun dah beberapa hari benda berlaku, mak masih rasa bersalah. Hari-hari dia solat taubat minta Allah ampunkan dosa dia, bersungguh-sungguh meminta sebab dia tak sengaja dan dia tak nampak kucing tu. 

"Dia doa harap tak jadi apa-apa dekat anak dalam kandungan dia," kongsi seorang individu di Threads.

Suami wajar memberi sokongan kepada isteri yang sedang hamil. -Gambar hiasan AI

Sehinggalah tiba saat melahirkan anak, perasaan bimbang dan bersalah itu masih menghantui ibunya.

Namun sebaik sahaja abang selamat dilahirkan, doktor menunjukkan keadaan kakinya yang dilihat terlipat, seakan-akan menyerupai kaki anak kucing yang tidak sengaja dipijak ibunya sebelum ini. 

"Dan doktor kata cacat kaki ni adalah cacat kekal. Tapi mak aku usaha, ke hulu ke hilir bawa abang pergi berurut. Hari-hari selawat istighfar sambil urut-urut kaki abang ni.

"Sampailah abang aku umur tujuh tahun. Alhamdulillah dia jadi manusia normal berjalan macam biasa. 

  • Seorang wanita pernah terpijak kaki anak kucing tanpa sengaja ketika mengandung.

  • Dia berasa sangat bersalah atas kejadian itu.

  • Dia sentiasa berdoa agar anak dalam kandungannya tidak ditimpa apa-apa musibah.

  • Anaknya dilahirkan dengan kecacatan kaki, namun tidak berputus asa berusaha merawat.

  • Dia bersyukur akhirnya anaknya dapat membesar dengan normal.

Ringkasan ini dijana oleh AI

"Dan abang aku pula memang dia ingat keadaan dia masa cacat tu walaupun dia kecil lagi masa tu. Sekarang dah tua, memang dia didik anak-anak sampai ke cucu dia untuk sayang kucing dan anjing," kongsinya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya menyifatkan kisah itu sebagai satu peringatan dan pengajaran buat semua, khususnya wanita yang sedang mengandung agar sentiasa berhati-hati dalam setiap perbuatan.

Dalam pada itu, ramai turut melahirkan rasa terharu dengan kegigihan dan pengorbanan seorang ibu yang tidak pernah berputus asa memohon keampunan serta berusaha demi kesembuhan anaknya.

Artikel Lain