suria

Lelaki bengang doktor sinis periksa isteri bunting pelamin, otak cuma fikir zina - "Tanya tak salah, jangan menekan"

Setiap wanita akan berang jika dituduh hamil sebelum nikah. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki meluahkan rasa terkilan apabila isterinya yang sedang bunting pelamin didakwa berdepan situasi tidak menyenangkan ketika melakukan pemeriksaan kesihatan.

Menerusi perkongsian di media sosial, lelaki itu mendakwa isterinya diajukan soalan sensitif berulang kali oleh seorang doktor wanita berusia lingkungan 50-an.

Menurutnya, doktor tersebut bertanyakan tentang kemungkinan mereka suami isteri pernah melakukan hubungan kelamin sebelum bernikah.

Wanita bunting pelamin sering disalah tafsir hamil sebelum nikah. -Gambar hiasanWanita bunting pelamin sering disalah tafsir oleh orang sekeliling. -Gambar hiasan

"Layak ke seorang doktor tanya bini aku berkali-kali awak 'main' (seks) sebelum nikah ke? 

"Bila bini aku kata tak, dia cuba nak menekan-nekan. Nasib masa tu aku kerja kalau tak dah kena maki," kata lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bunting pelamin dituduh berzina sebelum nikah... Kenalan siap tanya tarikh berjimak, nak kira usia kandungan

ARTIKEL BERKAITAN: Takut zuriat baru lahir difitnah, ibu rayu doktor tahan di wad... Keluarga sendiri ragu-ragu bunting pelamin, syak terlanjur sebelum nikah!

Menurut lelaki itu, dia memahami tugas doktor yang perlu mendapatkan maklumat tepat bagi tujuan perubatan, namun menegaskan pendekatan yang digunakan perlu lebih beretika.

"Jangan ingat orang sekeliling semuanya jahat. Nak tanya tu tak salah tapi jangan menekan-nekan.

"Kau doktor takkan tak pandai kira hari akhir perempuan datang bulan," katanya.

  • Lelaki terkilan isterinya bunting pelamin tapi dipandang serong oleh doktor.
  • Soalan sensitif berkaitan seks sebelum kahwin diulang beberapa kali.
  • Suami anggap pendekatan doktor itu tidak beretika.
  • Isu peribadi pesakit jadi perhatian.
  • Netizen turut mengkritik pendekatan doktor.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen, khususnya adab komunikasi pegawai perubatan terutama melibatkan isu peribadi pesakit.

"Orang bunting pelamin selalu kena soalan. Kesian kat orang yang memang jaga diri. Sesiapa pun akan marah.

"Doktor tu macam mana boleh lepas jadi doktor? Sepatutnya bab macam ni dia lagi tahu. Ke doktor sijil beli?" antara komen netizen.

Dalam dunia perubatan, kiraan usia kehamilan ditetapkan berdasarkan tarikh akhir seseorang wanita itu datang haid, bukan bermula dari tarikh berlaku persenyawaan.

 

Artikel Lain