suria

Luahan Sophia Albarakbah buat teman istimewa, lagu l’ll Be Here ditulis orang tersayang

Sophia (kiri) tidak lagi berselindung tentang kisah cinta bersama lelaki istimewa.

PERKONGSIAN pelakon Sophia Albarakbah mencuri tumpuan ramai apabila dia menulis luahan dipercayai ditujukan khas buat seorang lelaki istimewa dalam hidupnya.

Sophia atau Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 33, berkata individu terbabit sentiasa berada di sisinya ketika melalui fasa sukar dalam kehidupan.

Malah, aktres berkenaan turut berkongsi sebuah lagu berjudul I'll Be Here yang disifatkan mempunyai makna mendalam kerana ditulis khas oleh insan tersayang.

Sophia (kanan) berkongsi momen-momen manis bersama teman istimewa.

"Lagu ini mempunyai tempat yang sangat istimewa di hati saya kerana ia ditulis khas oleh seseorang yang sangat saya sayangi. 

"Saya telah melalui beberapa fasa sukar dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan dia sentiasa ada bersama saya sepanjang waktu tersebut," katanya. 

Sophia berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Sophia Albarakbah sudah sedia berkahwin, tak cari lelaki kaya tapi pemurah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sophia Albarakbah mahu dikenali dengan lakonan bukan isu peribadi… “Kerja keras saya orang dah perasan”

Dalam hantaran sama, pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa itu turut memuat naik beberapa foto dan video yang dipercayai memaparkan momen mereka meluangkan masa bersama. 

Sophia turut menyifatkan lelaki berkenaan sebagai individu yang benar-benar membuktikan keikhlasan serta sokongan tanpa berbelah bahagi.

"Bukan sekadar mendengar seseorang berkata 'saya akan sentiasa ada untuk awak' tetapi awak benar-benar membuktikannya dan ikhlas dengan kata-kata itu. 

Sophia bagaimanapun tidak mendedahkan identiti teman istimewanya.

"Awak sentiasa bersama saya ketika orang lain memilih untuk pergi," ujarnya. 

Sebelum ini, Sophia mengakui sudah memiliki teman istimewa iaitu kawan baiknya sendiri yang dikenali sejak 2011.

Kongsi Sophia, hubungan mereka juga direstui keluarga kedua belah pihak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain