suria

Tengah buka tudung dalam tandas awam... Geng pondan masuk kencing, tambah bedak - "Anak aku 'sound', mencuka muka"

Golongan lelaki beperwatakan wanita tidak sepatutnya menggunakan tandas perempuan. -Gambar hiasan

SEORANG ibu meluahkan rasa kesal apabila dia dan anaknya diganggu beberapa lelaki berperwatakan wanita ketika menggunakan tandas awam.

Dalam hantaran di Thread, wanita itu berkata dia kurang senang dengan kehadiran golongan berkenaan kerana memikirkan soal aurat umat Islam.

"Masuk tandas dengan anak perempuan saya. Kita ni buka tudung untuk betulkan rambut yang terkeluar.

Tandas awam sepatutnya menjadi zon selamat untuk kaum Hawa. -Gambar hiasan AI

"Sekali berbondong-bondong pondan yang ada payudara, gebu-gebu gelak tutup mulut nak kencing. 

"Kot ya pun dah bedah kemaluan, boleh tak sedar diri yang kamu tu lelaki? Dah kelam kabut aku pakai tudung," tulisnya.

Dakwa wanita itu, kumpulan tersebut turut menunjukkan wajah kurang senang selepas tindakan mereka masuk tandas perempuan ditegur anaknya.

  • Wanita dakwa terserempak golongan pondan ketika guna tandas awam.
  • Pengadu tak selesa kerana auratnya terdedah.
  • Kumpulan tersebut menunjukkan muka kurang senang selepas ditegur anak pengadu.
  • Netizen beri saranan supaya mangsa buat laporan.

"Korang masuk top up bedak, pandang cermin, bahu bukan main bidang. Anak sound tadi. Anak cakap tandas lelaki belah sana. Mencuka muka," tulis wanita itu.

Di ruangan komen, ramai kaum Hawa turut meluahkan rasa risau sekiranya golongan tersebut terus berleluasa di Malaysia.

"Risaunya. Kita ni dah la lambat nak detect golongan dua alam. Nak masuk tandas pun dah tak selamat sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN: Janggut tak cukur habis, suara pun garau! Wanita menjerit sambil baling botol shampoo, terkejut ‘lelaki jadian’ masuk tandas perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: Pondan buat ‘live’ berbaju kurung siap pakai tudung, pelik ramai kaum Hawa puji seolah-olah tak berdosa!

"Bahaya tu. Kalau perogol menyamar jadi pondan macam mana? Tu boleh mendatangkan bahaya," tulis netizen.

Ada yang turut memberi saranan kepada mangsa agar membuat laporan kepada pihak berkuasa.

"Tolonglah wanita. Kalau nampak mereka masuk tandas, tolong jerit kuat-kuat dan buat laporan.

"Malaysia tak boleh buat macam tu. Boleh lapor pada polis," tulis netizen.

Artikel Lain