suria

Wanita rasa tak selamat, BF kira tarikh angkat ‘bendera merah’ tiap-tiap bulan... Siap ingatkan beberapa hari sebelum tiba

Ramai wanita mendambakan lelaki yang sentiasa mengambil berat tentang mereka. -Gambar hiasan AI

HAID yang muncul setiap bulan adalah proses normal yang dialami oleh kaum Hawa

Namun, seorang wanita meluahkan rasa bimbang apabila mendakwa teman lelakinya seolah-olah obses setiap kali dia datang bulan.

"Menakutkan ke kalau dapat teman lelaki yang ingatkan kau tentang period? Kita pun tak kira lagi bila nak period, tapi dia dah remind.

Perkara yang sensitif tidak perlu dikongsi dengan teman lelaki selagi belum sah menjadi pasangan suami isteri. -Gambar hiasan AI

"Contohnya, dia kata dua hari lagi mesti saya akan period. Atau dia kata, tak lama dah tarikh saya nak period. Saya rasa terancam.

"Macam mana dia boleh ingat? Tiap bulan dia remind," tulis wanita itu.

Di ruangan komen, seorang wanita berkata perbuatan itu adalah tidak normal, apatah lagi mereka masih belum mempunyai ikatan yang sah.

  • Wanita dakwa teman lelakinya hafal kitaran haid yang dialami setiap bulan.
  • Teman lelakinya juga sering mengingatkannya tentang hal itu.
  • Dia mengakui bimbang dengan sikap terlebih prihatin teman lelakinya.
  • Netizen tegur perkara sensitif seperti itu tidak perlu dikongsi dengan teman lelaki.

Ringkasan ini dijana oleh AI

"Tak normal untuk teman lelaki, dia bukan suami. Tolong jangan biasakan perkara ini. Walaupun datang haid itu fitrah, merahsiakan haid juga adalah cara menjaga aib sendiri daripada ajnabi.

"Kalau dia tahu sekali pun, dia patut diam. Kamu tak akan tahu apa yang ada dalam kepala lelaki apabila kamu datang haid atau selepas datang haid," tegur wanita itu.

Namun, ada juga pelayar Thread lain yang memberikan pandangan berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kembang tekak, muntah enam kali lepas tengok ‘housemate’ rendam ‘menstrual cup’ dalam cawan! Nampak air hijau kekuningan

ARTIKEL BERKAITAN: Bahagianya hidup suami bagi 'cuti datang haid', suruh 'tutup' dapur... Seminggu tak buat kerja rumah, cuma perlu jaga emosi

"Tak menakutkan pun. Kami guna aplikasi Flo, pasangan dapat notifikasi apabila kita period. Dia lebih jaga kata-kata, jadi tak adalah kami bergaduh benda yang tak perlu.

"Dia tahu kamu akan jadi pemarah apabila period bermula. Jadi, banggalah kalau teman lelaki tahu tentang period awak.

"Kalau baru tiga bulan bercinta, takut juga. Tapi kalau dah lebih setahun, baguslah dia ingat," tulis netizen lagi.

Artikel Lain