SEORANG wanita mencuri tumpuan di aplikasi Thread selepas membuat luahan 'terlebih' jujur mengenai masalah rumah tangganya.
Dalam hantaran itu, dia mendakwa sering menangis kerana tidak berpuas hati dengan prestasi hambar suaminya di ranjang.
"Berdosa ke tidak kalau kita menangis, terasa hati dan sakit hati dengan suami atas sebab kita tak puas bersama?

Komunikasi menjadi kunci kepada keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan AI
"Maksud saya, bersama tak sampai 10 hingga 15 minit, dia dah tewas. Sebulan bersama antara dua ke tiga kali je.
"Benda ni bukan baru, dah berbulan-bulan. Kadang aku menangis dalam bilik air senyap-senyap. Sebelum tidur pun menangis," ujarnya.
Dakwa wanita itu, dia pernah menderita dalam perkahwinan pertama dan kini turut berdepan situasi sama dengan suami baharu.
- Wanita tular kerana berkongsi masalah batin yang dialaminya menerusi Thread.
- Dia mengaku sering menangis kerana tidak puas dengan layanan seks oleh suaminya.
- Wanita itu juga pernah terdetik untuk bercerai.
- Dia juga pernah membawa suaminya untuk mendapatkan rawatan berkaitan masalah batin.
"Dulu bekas suami dera mental fizikal aku. Tapi dengan yang sekarang, dia seperti bunuh aku dalam senyap. Emosi dan mental aku kadang memberontak.
"Aku ada baca, seks suami isteri pun main peranan terhadap mood isteri. Kadang aku rasa down, lost, kosong dan nak nangis," luahnya lagi.
Menurut wanita itu, hatinya juga pernah terdetik untuk berpisah dengan suaminya gara-gara masalah berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami sedia semua nafkah asas, ‘top up’ lagi RM20 sehari... Malangnya isteri tak puas hati, duit beli ‘skin care’ tiada dalam senarai!
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia macam susah nak serah tubuh” - Suami kecewa, bosan isteri asyik tunjuk sikap ‘malas’ di bilik tidur
"Kadang benda ni buat aku jadi tawar hati. Kaki ni ringan je nak pergi mahkamah. Aku ibarat kucing betina nak mengawan, tunggu kucing jantan je. Tapi dia buat tak layan," luahnya.
Tambah wanita itu, dia juga pernah membawa suaminya mendapatkan rawatan batin, namun masalah sama masih berlarutan.

Segelintir lelaki ego dan enggan mendapatkan rawatan untuk mengatasi masalah lemah tenaga batin. -Gambar hiasan AI
"Aku dan anak-anak, bab duit, makan dan pakai semua perfect. Anak-anak aku yang dengan ex husband pun dia tanggung 100 peratus.
"Tapi aku manusia, bukan robot. Aku punya nafsu. Saya rancang nak mengandung, tapi mengenangkan dia macam ni, saya dilema," tulisnya lagi.


