suria

Mek Kelantan dihina teman lelaki, anggap kerja buat ‘affiliate’ tiada masa depan - “Awak tu followers pun tiada”

Segelintir lelaki mahu mencari calon isteri yang berkerjaya. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita tular di aplikasi TikTok selepas berkongsi kisah sedih dia ditinggalkan oleh kekasihnya atas alasan yang tidak masuk akal.

Menerusi tangkap layar perbualan WhatsApp yang dikongsi, difahamkan kekasihnya mengambil keputusan memutuskan hubungan mereka kerana menganggap wanita tersebut tiada masa depan.

"Bakpo (kenapa) awak banyak berubah loni (sekarang)? Awak tak sama macam mula-mula kita kenal lima tahun lepas," tulis wanita itu.

Picture for parcel scam story use

Ramai individu mampu menjana pendapatan lumayan dengan berniaga secara atas talian. -Gambar hiasan

Lelaki itu kemudian membalas mesej dengan penjelasan panjang lebar atas keputusannya untuk memutuskan hubungan mereka.

Kata lelaki berkenaan, dia menganggap wanita tersebut tidak mempunyai masa depan kerana hanya menjana pendapatan melalui kaedah affiliate di media sosial seperti TikTok.

"Macam ni la, saya terus terus terang. Saya dah bosan dengan perangai awak, sejak dulu tak bekerja. Awak kerja online, berapa sangat awak dapat?

  • Wanita dakwa ditinggalkan kekasih selepas lima tahun berkenalan.
  • Lelaki itu beri alasan mahu cari calon isteri yang berkerjaya.
  • Wanita itu dihina kerana berniaga melalui aplikasi TikTok.
  • Ramai netizen beri kata-kata semangat buat wanita itu.

"Yang awak tahu buat affiliate je, macam mana nak berjaya. Awak tu followers pun tiada. Baik awak cari kerja lain. Sampai bila-bila pun tak kaya berniaga online," tulis lelaki itu.

Tambahnya lagi, dia juga membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka atas nasihat ahli keluarganya.

"Lagi pun keluarga saya suruh cari pasangan yang berkerjaya. Saya pun dah jumpa orang yang bekerja. Cukuplah hubungan kita sampai di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda buntu mak ‘boikot’ wanita Kelantan, takut tak cium bau syurga kalau kahwin tanpa restu

ARTIKEL BERKAITAN: Anak rantau sedih tabiat orang Kelantan di takuk lama... Sampah merata, kedai makan kotor! - “Muka lawa-lawa tapi tandas tak jaga”

"Maaf ya, awak teruskan la dengan affiliate awak tu, saya tak tahu sampai bila awak nak berniaga macam ni. Mulai hari ni, kita tiada apa-apa (hubungan).

"Berhenti ganggu, saya dah nak kahwin tahun depan," tulis lelaki itu panjang lebar.

Kedua-dua mereka dipercayai berasal dari Kelantan berdasarkan penggunaan bahasa dalam tangkap layar itu.

Di ruangan komen, ramai netizen memberi kata-kata semangat buat wanita itu dan meminta agar dia terus bersabar.

Story on the ATM machine scandal. RAYMOND OOI/ The Star

Ada sesetengah lelaki mengharapkan bantuan isteri untuk membayar komitmen bulanan. -Gambar hiasan

"Alhamdulillah dah putus. Lelaki tak faham agama tak layak dijadikan suami. Tanggungjawab suami beri nafkah pada isteri. Bukan paksa isteri kerja.

"Keluarga dia cari calon isteri yang bekerja sebab nak tanggung biawak hidup dalam keluarga dia ke? Syukurlah dah putus. Allah nak selamatkan awak.

"Semoga awak kuat. Affiliate dan berniaga online lagi berduit daripada orang berkerjaya. Yakinlah dengan rezeki Allah.

"Saya pun dulu kena macam ni. Lepas tu sekarang dah kahwin dengan orang yang lebih kaya daripada dia," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain