suria

Lelaki India kagum lihat ramai orang Melayu suka baca al-Quran dalam tren, tak buang masa layari Internet

Masa terluang dalam pengangkutan awam boleh dimanfaatkan untuk membaca al-Quran. -Gambar hiasan

PENGGUNA pengangkutan awam biasanya sibuk menatap skrin telefon masing-masing ketika dalam perjalanan menuju ke destinasi masing-masing.

Namun, seorang pemuda di Thread meluahkan rasa kagum selepas dia melihat ramai orang Melayu beragama Islam yang membaca al-Quran ketika berada di dalam tren.

"Saya kerap menggunakan MRT dari Kajang ke KL Sentral. Kadang-kadang saya suka perhatikan orang ketika tidak menggunakan earphone.

A Muslim man is silhoutted as he sits at a mosque in Subang to recite the holy Quran in the last leg of Ramadan this year. Muslim will step up the good deeds in the remaining of 10 days in Ramadan to search for Lailatul Qadar or Night of Decree, Night of Power, Night of Value, Night of Destiny, or Night of Measures. It is in Islamic belief the night when the first verses of the Quran were revealed to the Islamic prophet Muhammad. It is one of the odd nights of the last ten days of Ramadan and is better than 1000 months of worship. Muslims believe that on this night the blessings and mercy of Allah are abundant, sins are forgiven, supplications are accepted, and that the annual decree is revealed to the angels who also descend to earth. RAJA FAISAL HISHAN/The Star. metro backpage | thousand words

Al-Quran merupakan kitab suci bagi umat Islam. -Gambar hiasan

"Saya perasan, ramai orang Melayu baca doa ketika dalam tren. Ini sesuatu yang membuatkan saya kagum.

"Tatkala ramai yang melayari Internet termasuk saya, ada orang yang habiskan masa mereka dengan membaca al-Quran," tulisnya.

Hantaran yang dimuat naik pemuda berbangsa India itu menerima pelbagai komen daripada netizen.

  • Seorang pemuda raih perhatian selepas kongsi pemerhatiannya tentang pengguna MRT.
  • Dia kagum melihat ramai orang Melayu membaca al-Quran ketika berada di dalam tren.
  • Pelayar Thread anggap perkongsian itu sebagai 'teguran' untuk mereka perbaiki diri.
  • Netizen kata mereka baca al-Quran dalam tren kerana kesuntukan masa untuk mengaji sebelum pergi kerja.

Malah, ramai yang menganggap pujian itu sebagai satu peringatan buat individu lain untuk terus memperkasakan al-Quran.

"Ini satu peringatan yang bagus tentang bagaimana saya boleh luangkan masa dalam tren pada masa akan datang.

"Terima kasih. Saya dengar Spotify 24 jam. Saya rasa teruk. Perkongsian ini buatkan saya mahu perbaiki diri sebagai Muslim.

ARTIKEL BERKAITAN: Naik tren pun tak tinggal al-Quran... Gadis berbaju kurung hijau khusyuk cari ketenangan, tambah ‘saham’ akhirat

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hafal al-Quran sambil ‘push rank’ Mobile Legend! Remaja SPM ini dilabel ‘rare’, netizen syak teknik elak mencarut

"Terima kasih atas peringatannya. Dalam Islam, disunatkan baca al-Quran sekurang-kurangnya sehelai sehari," tulis beberapa individu.

Menurut pelayar Thread lagi, mereka gembira menggunakan pengangkutan awam kerana masa terluang dapat dimanfaatkan untuk perkara berfaedah.

"Ini salah satu sebab kenapa saya pilih naik MRT. Saya ada banyak masa untuk baca al-Quran.

"Bangun awal pagi, kadang tak sempat mengaji di rumah. Jadi kami buat dalam tren untuk isi masa," tulis netizen lagi.

Artikel Lain