suria

[V] Hafal al-Quran sambil ‘push rank’ Mobile Legend! Remaja SPM ini dilabel ‘rare’, netizen syak teknik elak mencarut

Aqil begitu khusyuk bermain permainan video sambil membaca surah al-Quran.

SETIAP individu pastinya mempunyai cara belajar mahupun menghafal tersendiri.

Begitu jua remaja lelaki ini yang lancar mengalunkan ayat suci al-Quran sambil fokus bermain permainan video Mobile Legend (ML).

Tingkah lakunya yang dirakam secara curi-curi itu, kemudiannya mendapat perhatian warganet sejak dimuat naik di TikTok ini.

Mana tidaknya, selain terkejut dengan sebutan dan bacaan yang diperdendangkan, warganet teruja kerana masa bermain tidak dipersia-siakan begitu sahaja.

Malah rata-ratanya menyifatkan remaja terbabit sebagai seorang yang ‘rare’ dan sukar ditemui.

“Ini sangat rare. Tapi bagus sebenarnya.

Aqil tidak sedar dirinya dirakam ketika bermain ML.

Aqil tidak sedar aktivitinya dirakam ketika bermain ML.

“Main ML sambil ngaji memang limited, satu dalam seribu.

“Ini anak muda yang perlu kita contohi.

“Satu dalam 1,000... boleh habis satu juzuk, satu hari,” ujar beberapa netizen.

Pun begitu permainan video yang sinonim dengan ‘tekanan’ dan aksi daripada lawan ini dikatakan sering membuatkan pemainnya mengeluarkan kata-kata kesat.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak 8 tahun selalu tenung wajah rakan sebaya di sekolah, minta ibu jadikan anak angkat sebab muka seiras abang sedang sakit

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah viral ketika banjir, pemuda ini akhirnya dapat beli townhouse! Paling bahagia boleh bawa mak ayah tinggal bersama

Disebabkan itu, sesetengah pihak lagi merasakan tindakan mengalunkan ayat al-Quran adalah cara terbaik bagi mengelakkan kata-kata kesat dikeluarkan.

“Saya rasa maybe dia stres main, dia tak mahu mencarut... dia ngaji.

“Ni baru dikatakan main tak toxic.

“Ngaji jangan sambil toxic di ML bang,” komen beberapa netizen lagi.

Acha bersama seluruh ahli keluarganya.

Acha bersama seluruh ahli keluarganya.

Bercerita lanjut tentang video tersebut kepada mStar, Ain Aisyah, 19, yang juga kakak kepada remaja lelaki bernama Hassan Al-Aqil itu berkata, adiknya merupakan pelajar tahfiz di sebuah maahad di Bandar Baru Bangi di Selangor.

Ujarnya yang mesra dipanggil Acha, pada masa tersebut, dia secara tidak langsung mengintai aktiviti adiknya kerana terdengar bacaan ayat suci al-Quran.

Aqil juga tak ramai kawan sebab dia pemalu, kena orang tegur dulu baru bercakap.

AIN AISYAH

KAKAK

Namun tidak menyangka bahawa anak keempat daripada sembilan beradik itu sedang bermain permainan video.

“Dah lama sebenarnya dia mengaji, kemudian saya intai... tengok-tengok dia tengah main game. Aqil baru berusia 17 tahun dan sekarang tengah menduduki peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)... dia dah hafal dan khatam 30 juzuk.

“Kadang-kadang dia minta saya tolong semak bacaan. Dia boleh baca lima hingga enam muka surat sekali gus, apabila saya terlepas pandang bacaan dia akan maklumkan pada saya muka surat atau baris ayat,” ujarnya yang juga anak ketiga.

Acha bekerja di Bandar Baru Bangi.

Acha bekerja di Bandar Baru Bangi.

Tambah Acha, ingatan adiknya itu sangat kuat namun merupakan seorang pemalu dan pendiam serta kurang keyakinan diri.

Dia yang kini bekerja di Bandar Baru Bangi berkata, dengan rakaman video dan komentar yang diberikan netizen sedikit sebanyak dapat membantu adiknya itu meningkatkan keyakinan diri.

“Dia seorang yang pendiam dan pemalu tapi dalam masa yang sama sangat prihatin. Kami adik beradik ramai dan sifat dia sangat matang tapi apabila nak jumpa orang memang malu sangat.

“Aqil juga tak ramai kawan sebab dia pemalu, kena orang tegur dulu baru bercakap.

“Dia juga tak yakin diri macam orang cakap suara sedap untuk jadi ustaz, tapi dia cakap tak. Jadi apabila ramai orang puji dia kat video tu, dapat naikkan keyakinan diri dia,” tambahnya sambil memaklumkan adiknya bercita-cita menjadi seorang ‘gamer’.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain