suria

[V] Pemuda Jepun berkerut dahi hidu bau durian, siap kata busuk! Netizen Malaysia tak puas hati, nak paksa suruh makan

Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki Jepun yang disuruh menghidu bau durian.

SEBUT sahaja tentang durian pasti membuatkan peminat raja buah itu teringat-ingat rasa lemak manis selain aroma 'harum' semerbak.

Namun bagi sesetengah orang bau durian dianggap tengik dan amat tidak menyenangkan hingga mendorong rasa pening serta mual.

Seperti dikongsikan seorang pelayar di TikTok, reaksi rakannya yang merupakan rakyat Jepun cukup menghiburkan.

Ketika kedua-dua mereka berkunjung di sebuah pasaraya di negara berkenaan, pemilik akaun TikTok @jepunmudah begitu teruja saat menemui buah durian.

Susulan itu dia dilihat cuba memperkenalkan durian kepada rakannya itu.

Saat diminta untuk menghidu bau raja buah berkenaan, rakannya memberi reaksi yang tidak menyenangkan walaupun pada ketika itu dia mengenakan pelitup mula.

ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih acah-acah loya tengok peniaga Malaysia buat jus tembikai, netizen satu hati bidas komen warga asing

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun menetap di Kelantan, wanita UK ini bikin orang Malaysia di New Zealand terkejut - “Sayo tak make budu tapi make duye”

"Kau kentut ke? Busuknya!" demikian tulis pemilik akaun seolah-olah mentafsif reaksi spontan rakannya itu selepas menghidu bau durian.

Ketika ditanya pendapatnya tentang bau durian yang dikatakan berbau wangi, rakannya itu dengan jujur menggelengkan kepala.

"Busuk gila", kata rakannya itu ringkas.

Buat challenge makan durian bang... nak tengok dia makan.

NETIZEN

Video dikongsikan lelaki ini menjadi tular apabila netizen turut berseloroh di ruangan komen melihat keletahnya.

Terdapat warganet yang meminta lelaki itu memaksa kawannya makan buah tersebut untuk melihat reaksinya.

"Paksa dia makan bang.

"Berani dia kata busuk dekat durian.

"Bau saja. Kena cuba rasa. Kalau dia tak suka barulah boleh dikatakan dia tak suka durian.

Komen netizen di TikTok.

"Kentut durian, sendawa durian belum kena lagi tu.

"Berani dia kata busuk gila kat durian. Dia belum rasa (makan durian)," komen netizen pada video.

Semakan mStar mendapati bahawa pemilik akaun tersebut merupakan rakyat Malaysia yang berada di negara Jepun.

Pemuda itu juga aktif berkongsi ilmu dan mengajar menguasai bahasa Jepun secara mudah difahami oleh rakyat negera ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain