suria

[V] Mampu genggam ijazah selepas tak henti diuji... mak ayah ‘bergilir’ sakit ketika sibuk belajar, nyaris putus asa siapkan tesis

Diana berkongsi pelbagai ujian perlu dihadapi sebelum menamatkan pengajian.

PENGORBANAN dilakukan gadis ini dalam usaha memperoleh segulung ijazah bukanlah satu perkara mudah.

Diuji dengan sakit yang dialami kedua-dua ibu bapanya membuatkan gadis ini hampir putus asa di saat-saat akhir pengajian.

Menurut Sharifah Nur Diana Syed Jaafar Putra, dugaan hidupnya bermula apabila bapanya terpaksa menjalani pembedahan memotong tiga jari kaki dan dimasukkan ke Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) selama tiga bulan.

"Mula dengan abah perlu operation. Potong tiga jari (kaki), masa ni masih kuat semangat nak habiskan degree yang hanya berbaki tesis, intern and kemudian boleh graduate.

"Abah kena transfer ke CVSKL. Abah kuat semangat dan tak pernah tunjuk yang abah sedih. Tapi keadaan abah makin kritikal, jangkitan makin merebak sehingga perlu lakukan pembedahan potong kaki sampai paras bawah lutut. Oksigen abah pun makin menurun.

"Masa ni 'down' sangat. Tak dapat fokus tulis tesis. Rasa semangat tu separuh dibawa pergi," luahnya pada video yang tular.

Bercerita lanjut mengenai nasibnya pada ketika itu, dia cuba mendapatkan nasihat daripada penyelia yang mengelola Projek Ilmiah Tahun Akhir (Tesis) yang dilakukan.

Menurut gadis yang kini berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Antropologi dan Sosiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor ini, pada masa itu dia sudah tidak lagi mampu meneruskan perjuangannya.

Namun, penyelia yang memahami situasinya pada ketika itu membenarkannya menangguh menyiapkan tesis kerana diduga dengan bapa yang bakal dipotong kaki paras lutut agar jangkitan tidak melarat.

Jelas Diana, walaupun diberi kelonggaran melambatkan tempoh menghantar tugasan, dia tetap berusaha menyiapkannya sambil menjaga bapa di hospital sehingga dibenarkan pulang.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ibu tak dapat hadir majlis konvo, wanita ini sendirian di UK! Momen VC sambil menangis buat ramai sebak

ARTIKEL BERKAITAN: Genggam PhD pada usia 27 tahun cabaran hebat ketika jadi pelajar di luar negara... Dr Hadi kongsi petua elak pelajar tertekan

"Alhamdulillah keadaan abah makin baik. Diana percaya abah kuat semangat. Berkat doa dari semua percaya, pasti ada keajaibannya.

"Selama tiga bulan abah dekat hospital. Dari bulan Ogos sampai bulan Jun Alhamdulillah abah boleh balik rumah. Tertunai hasrat abah nak balik rumah sangat. Bermulalah komitmen jaga abah dekat rumah. Syukur Allah bagi peluang itu.

"Tetap perlu fokus teruskan menulis tesis. Teman abah dialisis tiga kali seminggu pun kadang bawa laptop dan Alhamdulillah Allah permudahkan. Tibalah masa untuk pergi intern pula," kata Diana.

Lepas tu dapat pula khabar abah admit ICU perlu intubate sebab oksigen drop, abah memang ada masalah paru-paru.

SHARIFAH NUR DIANA

Selain bapa, keadaan ibunya pula menjadi teruk apabila penyakit buah pinggang semakin parah sehingga terpaksa mendapatkan rawatan secepat mungkin.

Tidak cukup dengan itu, tahap kesihatan bapanya yang semakin menurun memaksa gadis ini untuk pulang ke kampung halaman di Ipoh, Perak setelah menamatkan latihan industrinya.

"Tapi Allah uji lagi. Dua hari sebelum start intern, simptom buah pinggang mak makin teruk. Admit ICU (intensive care unit) dan perlu buat dialisis dengan segera.

"Lepas tu dapat pula khabar abah admit ICU perlu intubate sebab oksigen drop, abah memang ada masalah paru-paru. Habis saja intern terus balik Ipoh.

Keadaan bapa Diana yang sakit.

"Tiga kali seminggu teman mak abah pergi dialisis, selalu bawa abah saja. Moga Allah beri kekuatan dan kesembuhan buat kedua-duanya," jelas Diana lagi.

Walau bagaimanapun, segala ujian tersebut berjaya diharungi apabila video dikongsikan gadis ini di TikTok menunjukkan dirinya mengambil skrol di atas pentas pada hari konvokesyen.

Menerusi semakan mStar, Diana berkongsi video terbaharu menunjukkan beberapa keping foto berjubah dipakai pada hari graduasinya bersama ibu dan bapanya yang terlantar di hospital.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain