suria

Kerap ‘update’ status senang-lenang keluar dengan pakwe... Tapi ‘blocked’ kawan sendiri sebab tak bayar hutang, pakej ugut saman!

Peminjam juga turut mengugut untuk mengambil tindakan saman kerana kisahnya tular.

KEBANYAKAN daripada kita mesti pernah merasai pengalaman 'mengemis' duit sendiri daripada peminjam, sama ada ahli keluarga mahupun sahabat handai.

Malah, situasi yang berlarutan ini kadang kala mengakibatkan hubungan yang dulunya baik putus di tengah jalan.

Lebih-lebih lagi apabila si peminjam bertindak menyekat nombor telefon kerana merasakan diri mereka 'diganggu'.

Begitulah yang dialami seorang wanita selepas nombor telefonnya disekat oleh si peminjam yang merupakan rakannya sendiri.

Kisah menagih duit hutang yang diberikan atas dasar membantu kawan itu kemudiannya dikongsikan seorang pelayar Twitter yang merupakan suaminya.

WhatsApp Image 2022-12-09 at 2.34.09 PM

Ciapan asal yang dibuat suami kepada pemiutang.

Mengakui kesian dengan nasib si isteri, dia kemudian membuat bebenang di Twitter berserta tangkap layar mesej kepada si peminjam berkenaan.

"Kesian wife aku menagih duit hutang daripada kawan dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit hati dapat kawan ‘scammer’, makan lain-lain tapi dipaksa bayar sama rata! Taktiknya dia bayar dulu, kemudian suruh transfer

ARTIKEL BERKAITAN: Budak 8 tahun selalu tenung wajah rakan sebaya di sekolah, minta ibu jadikan anak angkat sebab muka seiras abang sedang sakit

"Malas nak censored sebab aku pun naik muak dengan dia ni. Nak sangat famous, meh (mari) aku viral.

"Apabila WhatsApp tak reti balas. Status keluar dengan pakwe dating sana sini," ciapnya ringkas.

Menurutnya, perjanjian asal adalah duit yang dipinjam akan dibayar balik pada tanggal 28 haribulan, namun janji hanya tinggal janji.

Bagaimanapun tidak dinyatakan bulan dan tahun hutang berkenaan perlu dilunaskan.

Bayar hutang pun tak mampu, nak saman... ingat murah nak buka kes?

NETIZEN

Namun tahap kesabaran tentu ada batasnya, sehinggalah pada 7 November lalu si isteri sekali lagi menghantar mesej bertanyakan mengenai wang yang dipinjam.

Apa yang menimbulkan kemarahan apabila mesej yang dihantar tidak dibalas sebaliknya si peminjam sering memuatnaik gambarnya keluar bersama teman lelaki.

Akhirnya si peminjam bertindak menyekat nombor telefon isterinya kerana enggan terus diganggu.

Perkara itu memaksa lelaki ini berkongsi info dan perbualan antara peminjam itu dengan isterinya di media sosial.

hutang1

Tangkap layar mesej yang dihantar isterinya kepada penghutang.

Sesuatu yang tidak sangka-sangka ialah selepas hantaran yang dibuatnya tular, beberapa lagi rakan mereka mendakwa menjadi mangsa si peminjam.

"Hobi dia main TikTok, pinjam duit orang. Mula-mula aku fikir wife sahaja mangsa dia, rupanya tidak. Dengan member lain sampai RM500... budak tu student, tak ada rasa serba salah? Macam mana boleh hidup tenang ni?

"Budak ni (peminjam) dulu sekolah di Klang. Siapa kenal, tahu la perangai dia macam mana.

"Aku nak komen banyak pun, aku tak suka... ni dia blocked wife aku. Dia ni ada masalah keluarga, tapi bukan alasan untuk berhutang tak bayar," tambahnya sambil berkata jumlah keseluruhan hutang adalah RM350.

Sudahlah nombor telefon disekat, si peminjam juga seolah-olah tidak mempunyai rasa malu apabila dia mengugut untuk saman isteri lelaki berkenaan.

"Kemudian dia called wife aku cakap dia nak saman sebab aku memalukan dia," kata lelaki berkenaan.

hutang3

Antara reaksi netizen.

Perkongsian tersebut kemudian mendapat pelbagai reaksi daripada warganet selain turut diulang ciap hampir 11,000 pelayar Twitter.

Malah rata-ratanya meninggalkan komen amarah kerana tindakan si peminjam yang ingin menyaman.

"Tak bayar hutang, kaki kencing, tak mengaku mak ayah... betul punya s**l dia ni.

"Hutang banyak tu pun tak boleh bayar, ada hati nak saman orang. Dia ingat (khidmat) lawyer free?

"Bayar hutang pun tak mampu, nak saman. Ingat murah nak buka kes?

"Daripada bayar lawyer, baik bayar hutang," komen beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain