suria

Sakit hati dapat kawan ‘scammer’, makan lain-lain tapi dipaksa bayar sama rata! Taktiknya dia bayar dulu, kemudian suruh transfer

Harga makanan dikira sama rata meskipun seseorang itu memesan menu murah. - Gambar hiasan

BELANJA makan merupakan antara amalan mulia yang boleh dilakukan untuk bersedekah dalam kalangan kenalan dan rakan, namun jika 'dipaksa' ia akan menjadi beban.

Lebih-lebih lagi apabila seseorang itu berada dalam keadaan tidak bersedia dan mengalami masalah kewangan.

Keadaan itu turut disuarakan seorang pelayar Twitter, Hariz Haziq yang pernah mengalami situasi seumpama sedemikian.

Berkongsi cerita, dia mempunyai seorang rakan yang gemar mendahulukan duit sendiri untuk membayar apabila mereka makan secara berkumpulan di kedai.

WW

Pelayar Twitter berkongsi pengalaman makan bersama rakan.

Namun apa yang pelik adalah jumlah keseluruhan bil akan dibahagikan sama rata kepada setiap orang meskipun nilai makanan secara persendirian jauh lebih murah.

"Jika makanan kau berharga RM20, akhirnya kena bayar lebih RM30 kerana bahagi sama rata. Tak adil!

"Dia boleh cakap 'makan sama-sama, bayar sama-sama la bro'," luahnya menerusi hantaran di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan suka menyakat, tak sangka sampai abang cashier termenangis... rupanya sensitif dengan perkataan ‘ibu’

ARTIKEL BERKAITAN: “Dari rumah kami dah sedar” - Masak jam 4 pagi, peniaga reda sampai lokasi event sepi tak ada seorang pun pengunjung

Katanya, tabiat rakan tersebut mula diketahui semasa mereka keluar makan sushi bersama.

"Aku tak nak keluar masa tu sebab rasa macam tak mengenyangkan. Jadi, aku makan dua pinggan sahaja dan bajet dalam RM12.

Kau makan udang aku makan ikan bilis, tapi apa hal aku kena bayar sama rata?

NETIZEN

"Sekali tiba-tiba setiap orang kena transfer RM26... semua orang terkena dengan dia," ujarnya lagi.

Boleh diumpamakan 'selera besar, poket kecil', dia terkejut apabila mengetahui beberapa lagi rakan yang keluar bersama turut memiliki sikap seperti individu tersebut.

Pun begitu, apa yang mengejutkan adalah ramai yang pernah mengalami situasi sama sepertinya.

Harga bagi setiap sushi adalah berbeza.

Harga bagi setiap sushi adalah berbeza. -Gambar hiasan

Menyusuri ruangan komen, warganet turut meluahkan pengalaman yang dilalui dengan rakan yang mempunyai mindset 'bahagi sama rata'.

"I pernah follow makan di Dolly Dimsum which I just ambil bubur dan satu dimsum sebab nak bajet kira-kira RM20, sekali dia bahagi sama rata kena RM50 sebab mereka yang lain semua ambil kuey teow mahal tu.

"Sama la, aku keluar makan order set RM13 yang masing-masing order macam-macam. Masa bayar, sama rata sedangkan aku tak makan pun makanan mereka tu, bazir duit aku.

"Ada juga jumpa yang senasib. Kita nak cerita dekat orang, nanti orang fikir kita jenis kedekut padahal biarlah sama adil... kau makan udang aku makan ikan bilis, tapi apa hal aku kena bayar sama rata," luah beberapa netizen.

Warganet meluahkan pengalaman yang sama.

Warganet meluahkan pengalaman yang sama.

Selain itu tidak kurang juga yang menyifatkan bahawa individu terbabit adalah spesis yang suka menggunakan rakan-rakan untuk kepentingan perut sendiri.

"Mungkin sejenis suka makan benda mahal tapi nak murah. Nasib kawan-kawan aku jenis kalau kira makan, total apa yang dimakan saja dan bahagikan tax atau service charge kalau ada... jadi tak adalah orang tanggung lebih, apa yang dimakan itulah yang dibayar," katanya.

Malah ada yang mencadangkan supaya kaedah tersebut dilakukan di kedai makan tomyam sahaja kerana masing-masing akan menikmati makanan yang sama.

"Perkara macam ni apply kalau makan dekat kedai Thai tomyam... order lauk banyak-banyak, makan benda sama macam tu.

"Kalau seorang order lamb chop, seorang lagi nasi goreng biasa memang tak boleh," ujarnya beri pandangan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain