suria

[V] Pelanggan suka menyakat, tak sangka sampai abang cashier termenangis... rupanya sensitif dengan perkataan ‘ibu’

Peniaga ini sebak apabila ditanya mengenai ibunya.

KEHILANGAN insan bergelar ibu atau bapa sememangnya memberi impak besar dalam kehidupan seorang anak.

Namun, sebagai anak sudah pasti kita mempunyai cara tersendiri untuk membalas jasa dan memberikan pahala berterusan kepada mereka dengan melakukan sebanyak mungkin amalan di dunia.

Itulah yang dilakukan seorang peniaga kedai makan apabila dia dirakam enggan menerima bayaran daripada salah seorang pelanggannya.

Menerusi video tersebut yang tular, dia dilihat menolak wang kertas RM20 yang dihulurkan dan memasang niat untuk bersedekah lalu meminta pelanggan tersebut mendoakan kesejahteraan ibunya yang sudah tiada.

Situasi menyayat hati ini dikatakan berlaku di kedai makan Nasi Abe Wok di Sungai Petani, Kedah.

Video itu yang dikongsi di TikTok milik Aisyah Ariffin menunjukkan reaksi ceria peniaga kedai makan berkenaan berubah menjadi hiba apabila disapa dengan satu pertanyaan menyentap jiwanya.

Time nak bayar, abang ni tak mahu ambil duit. Tiba-tiba dia kata tak payah bayarlah. Kak tolong doa je dekat mak saya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mak balik jadi jenazah” – Lega permintaan ibu sempat ditunaikan tapi sambutan hari lahir hambar, kejutan tak kesampaian... Covid-19 ragut semuanya!

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu strok tercari-cari suami tercinta, rupanya sudah 5 hari meninggal! Anak terpaksa bohong takut makin sakit... “Abah rehat mak”

“Saya tanya, mak adik pi (pergi) mana? Dan dia menangis. Mak tak ada dah,” tulis wanita ini pada video tersebut.

Video tersebut yang dikongsi mengunakan mod gerak perlahan menunjukkan bagaimana lelaki yang bertugas di kaunter bayaran itu sebak dan menahan rasa sedih apabila mengucapkan perkataan 'ibu'.

Dia dilihat mengesat air matanya pada bahagian lengan baju dipakai sebanyak dua kali.

Jelas Aisyah, dia sememangnya suka menyakat individu mudah menangis seperti lelaki ini.

Hat (yang) mengusik pun mak tak ada juga. Anak yatim rupanya kita.

AISYAH

Dalam pada itu, wanita ini menyatakan bahawa dia memahami perasaan lelaki ini kerana dirinya sendiri sudah kehilangan orang tuanya.

“Aku cukup suka usik manusia jenis hati tisu macam ni.

“Hat (yang) mengusik pun mak tak ada juga. Anak yatim rupanya kita,” jelasnya dalam ruangan kapsyen video.

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi netizen di TikTok yang masing-masing sudah tidak lagi mempunyai ibu dan bapa.

“Saya juga tak boleh orang sebut fasal mak dan ayah sebab keduanya sudah tiada.

Komen netizen mengenai video dimuat naik Aisyah.

“Rasa sedih nak menangis. Saya pun mak dah meninggal dunia.

“Sama macam saya, kadang orang tanya kenapa jamu makan orang, nak bagi rasuah ke? Saya cakap sedekah untuk arwah mama dan abah,” komen beberapa netizen.

Untuk rekod, perkongsian tersebut meraih lebih 2.6 juta jumlah tontonan setelah disiarkan.

Menerima hakikat kehilangan seseorang yang kita sayang memerlukan hati yang kental.

Tindakan lelaki ni yang patut dicontohi apabila dia menyalurkan pahala kepada arwah ibunya melalui bersedekah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain