suria

Teman lelaki ambil serius gurauan kekasih, hantar kereta Porsche bling bling sebagai hadiah hari jadi

Wanita ini mendapat hadiah kereta Porsche warna merah jambu pastel daripada teman lelakinya.

IMPIAN seorang pengguna Instagram, @hippo.ysc tercapai walaupun hanya bergurau dengan teman lelakinya bahawa dia inginkan sebuah kereta mewah.

Pada Sabtu, wanita tersebut menunjukkan di media sosial satu kejutan besar yang diterimanya iaitu sebuah kereta Porsche berwarna merah jambu berkilauan.

Menurut World of Buzz, wanita itu terkejut melihat lori kontena lutsinar dipenuhi belon merah jambu dan membawa Porsche berwarna pink pastel.

keta

Wanita ini terkejut gurauannya jadi kenyataan. -foto IG @hippo.ysc

“Semuanya bermula dari perbualan dengan teman lelaki saya beberapa bulan lalu, di mana saya bergurau tentang keinginan untuk memilik kereta mewah yang bling bling.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia tolak hadiah BMW! Gadis 21 tahun ini dapat Tesla, siap sujud syukur... Bayar RM240 untuk cas kereta selama setahun

“Pada Sabtu lalu, saya keluar berseronok dengan kawan-kawan wanita yang lain.

“Semasa saya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, tiba-tiba saya tertarik dengan sebuah lori lutsinar yang lalu di sebelah kereta.

Tiba-tiba saya tertarik dengan sebuah lori lutsinar yang lalu di sebelah kereta.

“Saya tak sangka pula gurauan saya pada bulan lalu itu menjadi realiti, dan saya amat terkejut dengan apa yang berlaku ini.

“Rasa macam tak masuk akal kerana saya tak pernah terfikir bahawa semua ini akan berlaku kepada saya sama sekali,” ujarnya.

Dia juga menambah bahawa keseluruhan situasi tersebut membuatkan dia terpinga-pinga.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain