suria

Tegur baik-baik tak jalan, suami menyesal kahwin isteri pemalas tahap melampau... Biar anak-anak lapar, tak mandi sampai malam!

Zafrul meluahkan rasa kesal berkahwin dengan isterinya.

SERINGKALI kita menyoroti segala jenis luahan isteri dalam berkongsi masalah rumah tangga mereka di media sosial.

Namun, baru-baru ini seorang suami tampil mengadu mengenai sikap isterinya yang pemalas sehingga ia menjadi tular dan meraih perhatian netizen.

Menurut pelayar yang menggunakan nama Mohd Zafrul di Facebook, dia berasa buntu dengan masalah dihadapi lalu meminta pendapat orang ramai melalui hantaran ditulis pada Grup Kemelut Rumah Tangga.

Jelasnya yang bekerja di sebuah klinik namun tidak dinyatakan lokasi dan jawatan, dia mengakui sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Disinfecting in home during epidemic - prevention and protection of coronavirus spreading. Protect respiratory system against pneumonia, COVID-19. Sanitizers, face mask, gloves.

Si isteri juga didakwa enggan melakukan kerja-kerja rumah. -Gambar hiasan/ Freepik.com

Luah Zafrul, dia mengharapkan isterinya yang merupakan suri rumah sepenuh masa dapat menguruskan hal ehwal keluarga.

Namun tabiat si isteri yang suka bangun lewat membuatkan anak-anak mereka terabai.

"Tiap hari bangun lambat. Bangun pukul 11. Kadang anak-anak bangun dulu. Dia tak bangun lagi.

"Breakfast pun jarang-jarang. Masak dekat rumah pun jarang-jarang. Satu tong gas tu tahan enam bulan," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal tak guna... suami dedah 4 sikap punca isteri tawar hati, siap dah ada pengganti - “Raya tanpa anak bini, terasa alone gila”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya geli, faham tak?” - Wanita menyesal kahwin! Suaminya pengotor... kencing ‘bersepah’, kahak dalam sinki

Selain malas masuk dapur, si isteri juga didakwa enggan mengemas atau membersihkan rumah.

Sehinggakan Zafrul yang sering pulang lewat ke rumah dari tempat kerja terpaksa menggagahkan diri melakukan kerja-kerja berkenaan.

"Vacuum rumah sebulan sekali pun susah. Kadang-kadang saya balik kerja kena vacuum dan basuh bilik air.

Jelas Zafrul, isterinya jarang masak untuk keluarganya. -Gambar hiasan

"Bayangkan saya balik kerja pukul 10 malam, penat-penat tapi kena kemas rumah sebab bersepah. Layan batin memang tak payah ceritalah," luah lelaki itu lagi.

Ujarnya, walaupun sudah ditegur beberapa kali, segala arahan dan pesanan suaminya masih tidak dituruti.

Tambah Zafrul, dia terpaksa menguruskan anak-anaknya sendirian setelah diabaikan seharian oleh isteri.

"Lagi teruk saya suruh dia ajar anak-anak mengaji dan baca buku sehari sekali. Jarang-jarang sangat dia ajar. Saya dah puas dan tegur baik, marah-marah dan berleter. Tak dengar juga.

"Kadang-kadang saya balik malam anak tak mandi lagi. Saya juga kena mandikan. Suap anak makan. Kalau saya suruh buat kerja rumah dia akan bagi alasan kemas rumah tanggungjawab suami," ujarnya lagi dalam hantaran sama.

Saya dah penat jadi suami... menyesal saya kahwin kalau macam ni jadi suami.

MOHD ZAFRUL

Bagaimanapun kata Zafrul, satu-satunya kerja rumah yang dilakukan si isteri ialah membasuh dan menjemur pakaian.

Namun ia akan dibiarkan berlonggok tanpa dilipat selepas ia kering.

Kongsi Zafrul lagi, sebagai suami yang bekerjaya dia tidak pernah mengabaikan nafkah bulanan untuk isterinya.

Malah, segala keinginan dan keperluan isterinya turut ditunaikan termasuk membeli alat solek.

Dia yang bagaikan sudah buntu dengan kemelut ini, meminta pendapat warga maya bagi mengatasi masalah yang membelenggu rumah tangganya.

Komen netizen berikutan perkongsian Zafrul.

"Saya tak kisah pun. Cuma nak dia jalankan tanggungjawab dia sebagai isteri dan ibu.

"Cuba bagi tip macam mana saya nak nasihatkan dia ni. Saya dah penat jadi suami. Menyesal saya kahwin kalau macam ni jadi suami," jelasnya.

Hantaran yang ditulis Zafrul meraih perhatian netizen yang memberikan pendapat di ruangan komen.

Pelbagai pendapat dan kritikan diutarakan dalam usaha membantu Zafrul.

"Jangan bercerai. Bagitahu dia yang awak nak kahwin seorang lagi untuk meringankan (kerja) awak.

"Suami selalu berlembut dan ikutkan isteri. Cuba berkeras sikit. Contohnya tinggikan suara supaya dia agak takut dengan awak.

"Biar aku teka. Mesti isteri kau lawa ni.

"Kau kahwin dengan anak kayangan ni," komen beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain