suria

Menyesal tak guna... suami dedah 4 sikap punca isteri tawar hati, siap dah ada pengganti - “Raya tanpa anak bini, terasa alone gila”

Lelaki itu menyenaraikan empat sikap dirinya yang menjadi punca perpisahan dengan isteri.

SESAL dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Mungkin itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan nasib seorang lelaki apabila rumah tangganya musnah gara-gara sikapnya sendiri.

Menerusi perkongsian di Facebook, lelaki tidak dikenali itu menyenaraikan empat sikapnya yang menjadi punca dia bercerai pada tahun lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak ‘outstation’ naik pangkat, isteri dalam pantang sanggup packing barang - “Selepas balik tiba-tiba dia baik lain macam...”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya cuma nak berkawan, nampak awak macam lawa” - Isteri out-station, suami miang ligat buru wanita lain di Instagram

"Bercerai sebab bini aku yang minta. Ni aku bagi sebab-sebak kenapa bekas bini aku mintak cerai. Pertama aku solat jenis on off, kadang-kadang dia nak berjemaah tapi aku buat-buat lupa.

"Kedua, aku suka main telefon, kurang melayan anak-anak dan bini. Nafkah wang aku tak bagi, tapi nafkah tempat tinggal, makan, pakaian aku sediakan.

"Perbelanjaan rumah hampir semua aku yang sediakan, lebih-lebih tu ex bini aku adalah tambah sikit kalau tak cukup. Empat, kerja rumah kena ex bini aku bertempik baru aku buat sebab kadang-kadang aku lupa dan sikap aku yang suka bertangguh," ujarnya.

Disebabkan sikap itu, perkahwinan selama lima tahun yang dikurniakan dua cahaya mata akhirnya musnah.

Kata lelaki itu, sikapnya yang kadang-kala buat-buat lupa untuk solat bersama menyebabkan isterinya tawar hati.

Ujarnya, dia bukanlah jenis suami yang teruk malah sering membawa anak dan isteri keluar bejalan-jalan hujung minggu, bercuti sekurang-kurangnya setahun sekali dan tidak pernah curang.

Namun, empat punca yang disenaraikan itu menjadi sebab utama bahtera yang dibina gagal bertahan kerana isterinya seakan-akan sudah tawar hati.

"Puas aku pujuk dan berjanji untuk berubah, ajak pergi kaunseling pun dia tak nak, memang betul-betul dia dah tawar hati, tiada langsung peluang diberi.

Pada isteri pula, janganlah jadikan penceraian itu penyelesaian masalah. Ingatlah anak-anak kecil dan kebaikan suami, pasti ada walau sebesar zarah. Manusia ni tak sempurna, masing-masing ada kebaikan dan kekurangan.

SUAMI

"Aku akur dan lepaskannya dalam keadaan terpaksa. Aku sedih sebab anak-anak aku masih kecil, tapi tidak mempunyai keluarga yang sempurna. Aku rindu keluarga aku yang dulu. Aku rindu dan sayang mereka," luahnya lagi.

Nasihat lelaki itu kepada insan-insan bergelar suami, hargai isteri dan jalankan tanggungjawab dengan sepenuh hati.

Malah katanya, isteri adalah pinjaman Allah yang mana kurniaan itu boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja.

"Waktu tu engkau menyesal pun dah tak guna. Engkau akan rasa tersangat sunyi, balik rumah kosong, tiada gelak ketawa anak bini, ni raya pun tanpa anak bini, terasa forever alone gila.

"Betullah orang cakap bila ada depan mata tak nak hargai, bila dah hilang baru nak menyesal. Fikir-fikirkanlah wahai suami. Jangan jadi macam aku.

Lelaki itu mendedahkan isterinya juga sudah ada pengganti sebelum mereka bercerai.

"Pada isteri pula, janganlah jadikan penceraian itu penyelesaian masalah. Ingatlah anak-anak kecil dan kebaikan suami, pasti ada walau sebesar zarah. Manusia ni tak sempurna, masing-masing ada kebaikan dan kekurangan," ujarnya.

Dalam posting sama yang dikongsi di Facebook Kisah Rumah Tangga, lelaki itu turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada bekas isterinya.

Malah katanya, dia juga mendapat tahu isterinya sudah ada pengganti baharu beberapa minggu sebelum bercerai menyebabkan dia enggan mencari jalan untuk rujuk semula.

Perkongsian itu sehingga kini menerima hampir 6,000 tanda suka dan menerima 1,600 komen netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
suami, isteri, cerai, solat, nafkah

Artikel Lain