Selepas Pak Nil mengaku menggigil, jurufoto ini kongsi momen ditegur Tunku Azizah... siap bergambar bersama Agong - “Rasa sukar bernafas, sakit perut”

Amyrul sempat bergambar kenang-kenangan dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

PERKONGSIAN pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi yang menitiskan air mata apabila dapat berhubung secara peribadi dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah turut mengimbas kenangan melibatkan seorang jurufoto pada tahun lalu.

Menurut Nur Amyrul Hafizzi Ruslan, 30, dia pada waktu itu sedang menjalankan photoshoot outdoor bersama sepasang pengantin di Sungai Lembing, Pahang sebelum disapa Tunku Azizah yang secara kebetulan melewati kawasan itu dengan menaiki sebuah kenderaan sambil diiringi pegawainya.

Lebih mengejutkan katanya, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memandu sendiri kenderaan dinaiki mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Bahasa Inggeris tak betul tak jadi masalah buat Tunku Azizah - “Saya tidak malu kerana itu bukan bahasa ibunda saya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Fuyuuuuuuuu...” - Sweet! Tunku Azizah kongsi aksi kandid dengan Agong

Kisah Amyrul itu mencuri tumpuan ramai setelah dia berkongsi mengenainya menerusi ruangan komen posting di Instagram Aznil.

Bercerita kepada mStar, dia yang juga seorang pereka grafik mengakui berdebar dan cemas apabila disapa oleh Tunku Azizah.

Amyrul merakam foto Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permasuri Agong bersama pasangan pengantin yang juga pelanggannya.

"Kejadian berlaku pada 14 September tahun lepas. Masa tu saya berempat, ada sepupu yang bantu saya dan pasangan pengantin.

"Tak jangka Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dalam kereta tu. Tunku Azizah tegur dan ajak bergambar.

"Saya terkejut, sebab tak tahu macam mana protokol. Tunku Azizah tegur dalam loghat Pahang. Ya Allah masa tu terkejut, masa Tunku Azizah turunkan cermin kereta, cepat-cepat saya angkat sembah," ujarnya.

Memang inilah pengalaman paling manis sepanjang saya buat kerja sebagai jurufoto secara sambilan dari tahun 2015.

NUR AMYRUL RUSLAN

PEREKA GRAFIK/JURUFOTO

Imbas Amyrul lagi, dia pada waktu itu cukup gugup sehingga mengalami rasa seakan-akan sukar bernafas dan sakit perut.

Selain mengambil foto pengantin dengan pasangan diraja itu, Amyrul sendiri sempat merakam foto kenang-kenangan dengan Yang di-Pertuan Agong.

"Menggigil tangan saya sampai ada pegawai yang tegur. Tapi Tuanku dan Tunku sangat humble, gaya macam seorang ibu.

Amyrul terharu atas layanan mesra dan sikap rendah diri Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

"Memang inilah pengalaman paling manis sepanjang saya buat kerja sebagai jurufoto secara sambilan dari tahun 2015," ujarnya yang menetap di Kuantan, Pahang.

Kata Amyrul, pasangan pengantin yang menggunakan khidmat fotografinya cukup terkejut dengan kehadiran dua pemimpin itu, apatah lagi dapat bergambar bersama mereka.

Terdahulu, tular kisah Aznil yang berkongsi video perbualannya dengan Tunku Azizah bagi mendapat perkenan projek lagu baharu mengenai buli siber.

Amyrul kemudiannya turut berkongsi pengalamannya di ruangan komen Instagram dan dibalas dengan emoji 'ketawa' oleh pengacara itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain