Tiap hari 2 beranak ini di kaki lima, si kecil tidur beralas kain... enggan berburuk sangka, wanita ini terus bertanya – “Mak dia mana?”

Kisah lelaki bernama Ibrahim menjadi tular selepas dikongsikan oleh seorang pelayar Facebook , baru-baru ini. Foto: FB Wan Aisyah

"SETIAP hari tengok. Ada sesuatu terasa... kesiannya"

Demikian cerita seorang wanita berkongsi kisah mengenai dua beranak gelandangan yang ditemuinya baru-baru ini.

Menerusi coretan di Facebook, wanita bernama Wan Aisyah itu berkata kedua-dua beranak tersebut ditemuinya ketika mereka sedang duduk meminta sedekah di kaki lima sebuah pasar raya berhampiran spa miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah 2 bungkus nasi dan sekeping tilam buat pemuda ini sebak, tak sempurna tapi jujur – “Dia tiada siapa-siapa, hanya anak angkat lelaki sahaja”

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Ebit menangis lagi! Kali ini kerana bantu keluarga daif ‘jauh dalam kebun getah’ - “Sehari mereka di sini dosa buat saya yang tidur lena”

Lebih menyedihkan, si anak yang dalam lingkungan usia dua tahun hanya tidur di lantai kaki lima beralaskan sehelai kain pelikat, manakala si bapa yang berkopiah tetap setia berada di sisi anaknya.

Sesekali lelaki dalam lingkungan 40-an itu mengipas anaknya menggunakan sekeping kotak nipis.



Perkongsian wanita bernama Wan Aisyah mengenai kisah Ibrahim di Facebook.

Wanita yang membahasakan dirinya sebagai Kak Cah berkata, beberapa kali kelibat dan gelagat dua beranak tersebut mencuri perhatiannya, sehinggalah suatu hari dia memberanikan diri untuk bertanyakan keadaan mereka.

"Setiap hari bila Kak Cah pergi klinik nampak dua beranak ni bawah spa Kak Cah. Setiap hari tengok, terasa ada sesuatu.

"Mana mak dia... kenapa anak kecil tu tidur macam tu... kenapa bapanya duduk situ hari-hari. Tadi pagi Kak Cah pergi spa. Pukul 2 petang temujanji di klinik. Kak Cah nampak dia ada dekat bawah tengah kipas anak sedang tidur.

"Kak Cah dengan spontannya tanya. Mana mak dia (anak)? Abang tu jawab maknya dah meninggal," tulisnya pada perkongsian tersebut.



Kelibat dua beranak ini sering kelihatan berhampiran spa milik Wan Aisyah.

Selepas seketika bertanyakan pelbagai soalan, perasaan simpati mula menyusup masuk ke dalam hatinya kerana tidak sampai hati melihat keadaan anak kecil tersebut.

Wan Aisyah berkata, daripada penceritaan lelaki tersebut, isterinya meninggal dunia ketika anak mereka berumur dua bulan kerana pelbagai masalah kesihatan.

Tambahnya, lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Ibrahim ini berkata dia sebelum ini pernah bekerja dalam bidang pendawaian dan bertukang namun kini terpaksa berhenti kerana tiada orang yang menjaga anak kecilnya itu.

Setiap hari bila Kak Cah pergi klinik nampak dua beranak ni bawah spa Kak Cah. Setiap hari tengok, terasa ada sesuatu.

WAN AISYAH

PEMILIK SPA

Tanpa prejudis, Wan Aisyah berkata dia lantas mempelawa lelaki tersebut untuk membantunya memasang langsir di spa miliknya.

"Kak Cah sebak sangat sebab bila dia panjat tangga nak drill, anak dia nangis. Dia turun dulu pujuk anak dia lepas itu naik balik sambung. Berulang kali. Anak dia tak nak dekat orang lain," tulisnya lagi.

Tambah Wan Aisyah, sejak daripada perkongsian tersebut tular, ramai netizen yang memberikan sokongan malah memuji niat ikhlasnya membantu golongan yang dalam kesusahan.

Namun begitu, ada juga sebilangan netizen yang memintanya berhati-hati kerana khuatir dia menjadi mangsa penipuan.



Wan Aisyah mengupah Ibrahim memasang langsir di spa miliknya.

Bagaimanapun jelas wanita ini, dia juga pernah bersikap negatif dan prejudis terhadap seseorang sehinggalah berlaku satu peristiwa yang mengubah caranya berfikir.

Menurut Wan Aisyah, ibunya pernah menumpangkan seorang wanita Indonesia yang sedang dalam kesusahan di rumah mereka sewaktu dia masih remaja ketika itu.

Dia begitu membenci wanita yang digelar Ibuk itu kerana menumpang terlalu lama di rumahnya.

"Suatu hari Kak Cah dapat call adik kemalangan di Indonesia waktu dia kerja di sana. Ayah dan Kak Cah buat keputusan pergi ke Indonesia. Waktu ini la Kak Cah diuji. Kak Cah tiada siapa yang kenal di sana. Dua hari duduk hotel, duit makin susut hingga akhirnya kami duduk hospital macam merempat.



Antara komen netizen yang turut tersentuh dengan kisah Ibrahim.

"Orang yang tolong kami untuk uruskan hal hospital dan bawa kami kemana-mana adalah anak kepada Ibuk. Ibuk tu minta anak dia datang supaya mudahkan urusan kami sekeluarga.

"Masa ni Kak Cah malu sangat. Orang yang Kak Cah tak suka itulah yang tolong. Sejak itu Kak Cah insaf, taubat tak mahu judge orang sebelum kenal. Tak nak berburuk sangka.

"Lain orang lain ujian Allah bagi. Kalau kita tak boleh bantu, kita doakan, kita mudahkan urusan dia," tulisnya lagi.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 8,200 shares selain dihujani ribuan komen netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain