suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Agong gering, pakar perubatan nasihat berehat susulan sakit otot dan tulang

Sultan Ibrahim sedang gering susulan kesakitan musculoskeletal. -Foto Bernama

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sedang gering susulan kesakitan musculoskeletal (melibatkan otot dan tulang) di bahagian belakang serta pinggul. 

Menerusi kenyataan rasmi Istana Negara pada Jumaat, baginda dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat dan tidak berangkat ke sebarang majlis bagi memberi ruang kepada proses rawatan dan pemulihan.

"Disebabkan Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani rawatan susulan, Seri Paduka Baginda tidak dapat berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Ketua Perwakilan Asing dan Pegawai Kanan Kerajaan di Istana Negara pada Rabu.

"Selain majlis perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim pada Khamis, yang telah ditangguhkan ke suatu tarikh lain," tulisnya.

Kenyataan itu menambah, baginda bertitah akan kembali berangkat ke majlis-majlis rasmi sebaik kesihatannya beransur pulih.

Artikel Lain