suria

Jenazah lima sekeluarga maut dalam kebakaran disemadikan dalam satu liang lahad

Jenazah lima beranak berkenaan selamat dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11.45 malam Khamis. -Foto Bernama

SUASANA pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Bukit Gelugor, Raub sewaktu jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran di rumah mereka, tiba untuk dikebumikan, malam Khamis.

Jenazah Mohd Alawi Muhammad, 56; isterinya Zaleha Adam @ Ibrahim, 44; serta tiga anak perempuan mereka iaitu Ruby Adira Batrisya, 17; Ruby Adlina Banin, 14 dan Ruby Azyan Barizah, 10, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11.45 malam. 

Kira-kira 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta penduduk kampung hadir memberikan penghormatan terakhir.

Terdahulu, jenazah lima beranak itu tiba di tanah perkuburan pada pukul 10.48 malam selepas selesai proses bedah siasat dan dimandikan di Unit Forensik Hospital Raub serta disolatkan di Masjid Tengku Abdullah Kampung Pamah Kulat.

Dalam tragedi awal pagi Khamis, lima sekeluarga berkenaan ditemukan rentung selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran. 

Kejadian pukul 3.45 pagi itu turut memusnahkan keseluruhan struktur rumah selain turut melibatkan tiga kenderaan dan sebuah motosikal.

Artikel Lain

Intan Najuwa hamil anak kedua