SUASANA pagi pada hari ketiga sesi persekolahan selepas cuti Tahun Baharu Cina bertukar pilu apabila seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah flat di Krystal Heights, Gelugor, Pulau Pinang, pada Rabu.Mayat mangsa yang memakai pakaian sukan bersama kasut sekolah berwarna hitam ditemukan terlentang oleh orang awam pada kira-kira pukul 9 pagi. Penduduk tempatan memaklumkan tiada saksi yang melihat kejadian itu.Sejurus menerima laporan daripada orang awam, pihak polis bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan.Sebuah beg galas hitam dipercayai milik mangsa turut ditemui berhampiran mayat, demikian menurut laporan China Press.Hasil siasatan awal mendapati, mangsa bukan penduduk di flat berkenaan, sebaliknya tinggal di sebuah pangsapuri di kawasan Sungai Lai, berdasarkan maklumat pada kad pengenalannya.Setakat ini, masih belum dapat dipastikan ketinggian sebenar lokasi mangsa terjatuh. Lebih menyayat hati, bapa mangsa yang tiba di lokasi kira-kira pukul 10.15 pagi meraung sebaik sahaja mengesahkan identiti anaknya.Kes berkenaan kini dalam siasatan pihak polis.