SUSPEK lelaki yang diburu kerana membunuh adik kandungnya akhirnya diberkas polis selepas tiga bulan melarikan diri.Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di Pelabuhan Samarinda pada Rabu lalu, selepas membunuh mangsa pada 1 Disember tahun lalu. Insiden berkenaan berlaku di Kota Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia, ketika mangsa sedang makan di sebuah warung.Kejadian tragis itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara dua beradik terbabit yang pada awalnya dianggap sudah selesai oleh keluarga.Namun, suspek yang merupakan abang mangsa dikatakan masih menyimpan dendam sebelum bertindak menikam adiknya sebanyak lima kali sehingga maut.Menurut laporan polis, pergaduhan awal tercetus selepas suspek menuduh mangsa membiarkan biliknya bersepah.Walaupun sempat dileraikan keluarga, suspek didakwa kembali mencari mangsa seminggu kemudian dengan membawa sebilah parang sebelum bertengkar lalu berakhir dengan pembunuhan.Suspek mengaku bertindak membunuh kerana sakit hati selain dipercayai menyimpan rasa cemburu terhadap adiknya yang didakwa lebih disayangi ibu mereka. -Agensi