Suami isteri bukan sahaja perlu mengambil kira faktor kewangan, malah kesediaan pasangan juga penting untuk dibincangkan sebelum merancang menambah cahaya mata. -Gambar hiasan AI
DALAM kehidupan berumah tangga, setiap perkara perlu dibincangkan bersama antara suami isteri termasuklah keputusan berkaitan perancangan keluarga kerana ia membabitkan masa depan serta tanggungjawab membesarkan anak.Namun setiap individu mempunyai pandangan berbeza apabila menyentuh soal perancangan keluarga, sehingga timbul persoalan sama ada seseorang isteri perlu mendapatkan keizinan suami sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan perkara tersebut. Terpanggil berkongsi pandangan, seorang individu berpendapat wanita sepatutnya diberi ruang membuat keputusan mengambil kira kesediaan diri dan tubuh badannya. "Ternampak satu posting daripada seorang gynaecologist yang kebanyakan para isteri minta izin suami dulu sebelum buat keputusan ambil perancang. "Pada pandangan saya, ia soal tubuh badan awak. Kenapa nak kena tanya suami dulu? Nak tanya pendapat okay la kan, atau berbincang untuk planning ada anak buat masa sekarang atau sebaliknya, itu logik la. Pil perancang kehamilan merupakan antara kaedah kontraseptif yang digunakan untuk membantu wanita merancang kehamilan mengikut kesesuaian dan keperluan masing-masing. -Gambar hiasan"Entahlah, ia badan awak, awak yang perlu buat keputusan bukan suami. Pada saya nak taat pun berpada-pada la kan," tulisnya dalam hantaran di Threads. Individu itu turut mempersoalkan keadaan apabila seseorang isteri belum bersedia untuk hamil, tetapi suami tidak membenarkannya menggunakan kaedah perancang keluarga.Menurutnya, situasi sedemikian boleh menimbulkan kebimbangan terutama jika kehamilan berlaku tanpa dirancang ketika isteri masih belum bersedia dari segi fizikal atau emosi.ARTIKEL BERKAITAN: Ibu anak 8 melenting jururawat nasihat guna perancang... Padahal suami tak kerja harap duit zakat, bantuan JKMARTIKEL BERKAITAN: Isteri buang implanon, suami beri alasan mahu anak untuk selamatkan rumah tangga... Doktor kongsi bahaya manipulasi hamil paksa"Berdosa ke kalau tak ikut kalau suami kata tak boleh, tapi isteri tak sedia nak mengandung, akhirnya 'accident'."Memang rumah tangga dalam Islam autonomi pada lelaki 100 peratus ke? Tak semua lelaki bijak cerdik pandai tinggi EQ. Mesti ada rukhsah atau keringanan dalam sesuatu perkara," kongsinya lagi.Memetik laman portal Jabatan Mufti Selangor, merancang kehamilan dibolehkan dalam Islam sekiranya ia berasaskan alasan yang munasabah dan tidak bertentangan dengan syarak. Seorang individu berpendapat isteri berhak membuat keputusan mengenai perancang keluarga.Dia mempersoalkan keperluan meminta izin suami jika isteri belum bersedia untuk hamil.Individu itu bimbang kehamilan tidak dirancang boleh menjejaskan fizikal dan emosi isteri.Jabatan Mufti Selangor menjelaskan perancangan kehamilan dibolehkan dalam Islam dengan syarat tertentu dan persetujuan bersama.Netizen berpendapat keputusan perancangan keluarga perlu mengambil kira kesediaan serta kepentingan kedua-dua pasangan.Ringkasan ini dijana oleh AIIa harus memenuhi empat syarat berikut iaitu bukan bertujuan menolak zuriat secara mutlak sebaliknya untuk menjarakkan kehamilan atas sebab yang dibenarkan seperti faktor kesihatan; tidak membawa kemudaratan kepada suami atau isteri; tidak melibatkan kaedah yang bertentangan dengan Islam dan dilakukan dengan persetujuan bersama suami isteri kerana hak memiliki zuriat adalah hak bersama.Di ruangan komen, netizen tampil dengan reaksi bercampur dengan ada yang bersetuju bahawa isteri perlu mempunyai hak bersuara dalam menentukan kesediaan untuk hamil.Ada juga berpendapat keputusan berkaitan perancangan keluarga wajar dibuat melalui perbincangan bersama, memandangkan kesannya melibatkan kedua-dua pasangan.